Kajian semula skim penjawat awam belum dimuktamadkan: Fahmi Fadzil

Antara kajian yang sedang dijalankan ialah skim itu turut terpakai kepada wakil rakyat dan menegaskan ia tidak bersifat retrospektif iaitu memberi kesan kepada lantikan terdahulu

5:57 PM MYT

 

JASIN – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, sistem saraan perkhidmatan awam masih belum dimuktamadkan sepenuhnya memandangkan kajian terperinci sedang dilaksanakan kerajaan.

Fahmi yang juga jurucakap kerajaan berkata, setakat ini, belum ada pengumuman khusus terhadap skim saraan baharu itu, selain pekeliling dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang memaklumkan suatu kaedah baharu bagi lantikan tetap pegawai awam diperkenalkan ke arah mengukuhkan lagi sistem saraan perkhidmatan awam di Malaysia.

“Maka, pendirian saya kita memberi peluang kepada pihak yang berwajib untuk memberikan penjelasan dan insya-Allah, Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tadi memberikan penjelasan yang lebih penuh akan diberi termasuk konteks (berhubung skim baharu itu) sama ada bebanan hutang negara dan juga sebarang implikasi kewangan yang memberi kesan dari segi perbelanjaan mengurus setiap tahun di peringkat Persekutuan.

“Jadi, sekiranya kita ingin memberi komen, bagi saya wajar kita bersikap adil dan mendapatkan penjelasan penuh (daripada pihak berkaitan),” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA di Kampung Pulai, Serkam di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa; Ketua Pengarang yang menjalankan tugas dan tanggungjawab Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Nur-Ul Afida Kamaludin; Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman dan Pengarah Projek HAWANA merangkap Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita) Bernama Arul Rajoo Durar Raj.

Fahmi menyampaikan sumbangan berkenaan kepada bekas penerbit rancangan RTM Melaka, Norazlin Mohamad, 52, yang kini menghidap masalah buah pinggang dan diabetes sehingga menyebabkan kaki kanannya terpaksa dipotong.

Mengulas lanjut, beliau berkata, antara kajian yang sedang dijalankan ialah skim itu juga turut terpakai kepada wakil rakyat dan menegaskan ia tidak bersifat retrospektif iaitu memberi kesan kepada lantikan terdahulu.

“Dalam isu sama ada (penjawat awam) tidak lagi berpencen selepas ini, kita akan kaji juga contohnya kalau penjawat awam pengambilan baharu, lantikan baharu, maka Ahli Parlimen selepas itu juga tidak berpencen.

“Tapi pencen ini penting sama ada untuk kakitangan awam, anggota pentadbiran atau Ahli Parlimen, semua mempunyai punca kuasa daripada akta-akta, dan akta-akta seperti yang kita semua sedia maklum tidak bersifat retrospektif, bermaksud ia tidak terpakai untuk yang sedang dalam perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata, skim baharu itu juga perlu diluluskan di Parlimen sebelum ia boleh dikuatkuasakan oleh kerajaan dan meminta rakyat tidak mensensasikan perkara berkenaan sehingga boleh menimbulkan fitnah.

“Maka, beri sedikit ruang untuk kita mendapatkan maklumat penuh. Isunya ialah kadangkala berita disensasikan tanpa maklumat penuh dan hal itu menjadi fitnah … ini yang sedikit merisaukan,” katanya. – 26 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related