Skim tidak berpencen turut terpakai kepada lantikan politik: PM

Bermula 1 Februari ini, pencen akan dimansuhkan untuk semua penjawat awam baharu yang turut membabitkan pelantikan politik

3:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan semua keputusan membabitkan penjawat awam akan turut terpakai bagi pelantikan politik dalam kerajaan.

Menurutnya, bermula 1 Februari ini, pencen akan dimansuhkan untuk semua penjawat awam baharu yang turut membabitkan pelantikan politik.

“Soal lain ada yang pernah menjadi menteri besar, jadi menteri dan kemudian timbalan perdana menteri mengikut perlembagaan, kita akan kaji tetapi, tak boleh kebelakangkan retrospektif.

“Sebelum kita menolak, mari kita dengar cadangan, beri pendapat, perbaiki, dan bahas keberkesanannya. Dan selepas itu baru kita tentukan apa yang perlu dilakukan,” katanya kepada pemberita semasa makan tengah hari di Restoran Pelita Nasi Kandar di Desa Sri Hartamas, hari ini.

Anwar berkata, pada dasarnya beliau bersetuju apa sahaja keputusan yang dibuat berhubung perkhidmatan awam juga terpakai bagi pelantikan politik.

“Bagaimanapun, keputusan muktamad hanya boleh dibuat selepas kajian terperinci mengenai perkara itu dan perlu dibawa ke Kabinet untuk pertimbangan.

“Kerajaan terdahulu dan bekas perdana menteri juga menegaskan mana-mana negara yang mempunyai ekonomi tidak stabil tidak akan bertahan jika langkah (penambahbaikan) tidak diambil,” katanya.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebelum ini mengumumkan penjawat awam di bawah skim berpencen sedia ada tidak terjejas dengan sistem saraan perkhidmatan awam yang akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, kerajaan terpaksa membelanjakan kira-kira RM120 bilion untuk menampung bayaran pencen menjelang 2040 jika skim gaji baharu untuk pengambilan pegawai awam tidak diperkenalkan.

Susulan itu, beliau berkata, kerajaan akan memperkenalkan dasar pengambilan perkhidmatan awam baharu, termasuk skim pencen baharu.

Katanya, menerusi kaedah ini, pengambilan baharu dalam perkhidmatan awam akan mencarum dalam skim persaraan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tidak bersetuju dengan perkara itu dengan berkata, ia juga tidak harus diwajibkan bagi pekerja baharu untuk mencarum dalam KWSP seperti pekerja di sektor swasta kerana skim gaji penjawat awam masih rendah.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini menggesa Putrajaya menghapuskan pencen wakil rakyat dan menaikkan gaji penjawat awam terlebih dahulu sebelum menamatkan skim berpencen penjawat awam yang baharu dilantik.

Beliau berkata, langkah kerajaan adalah tidak wajar kerana bakal penjawat awam tidak lagi menerima pencen mereka, manakala ahli politik yang juga wakil rakyat masih akan menerima pencen berperingkat, yang jika digabungkan boleh mencecah RM100,000 sebulan. – 26 Januari 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

How is a ham sandwich ‘halal’? Akmal Saleh slams KK Mart outlet on UM campus

Umno Youth Chief says university students have lodged police reports over sandwich bearing halal stamp

Related