Bayaran STR Fasa 1 akan dikreditkan mulai Isnin ini

Penerima akan menerima bayaran berkenaan melalui BSN secara berperingkat mengikut kategori kelayakan STR masing-masing

2:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan dikreditkan mulai 29 Januari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR akan menerima bayaran berkenaan melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.

Menurutnya, bayaran kali ini dinaikkan sehingga RM500 kepada isi rumah berbanding bayaran maksimum sebanyak RM300 pada tahun lalu.

“Dengan ini, peruntukan bagi Fasa 1 bertambah sebanyak 26 peratus kepada RM2.1 bilion daripada RM1.67 bilion pada tahun lepas dalam usaha untuk membantu sebilangan besar rakyat menangani peningkatan kos sara hidup.

“Setiap kali bertemu rakyat, perihal utama diutarakan adalah beban kos sara hidup yang kian meningkat lebih deras daripada pendapatan.

“Saya akur akan keperitan ini, justeru kerajaan giat berusaha memastikan bantuan dapat dipertingkat dengan lebih ketara agar masalah asas ini dapat dileraikan dan tiada rakyat dibelakang di bawah pentadbiran Kerajaan Madani,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Perdana Menteri berkata, bayaran kali ini dinaikkan sehingga RM500 kepada isi rumah berbanding bayaran maksimum sebanyak RM300 pada tahun lalu. – Gambar Kementerian Kewangan, 26 Januari, 2024

Beliau berkata, selaras dengan pendekatan ekonomi Madani untuk ‘meninggikan lantai’ dari segi kualiti hidup rakyat, kerajaan akan mengutamakan dan memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Katanya, Kerajaan Madani sentiasa peka kepada keluhan rakyat dan akan terus menambahbaik STR dalam usaha membantu rakyat dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

“Setakat ini, seramai 8.2 juta individu yang layak berdaftar untuk STR 2024. Bagaimanapun angka ini dijangka naik ke hampir sembilan juta bagi tahun ini mengambil kira proses permohonan baharu dan kemas kini dibuka sepanjang tahun, berbanding setahun sekali sebelum ini,” katanya.

Pada masa sama, Anwar berkata, sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan.

“Semakan status kelayakan STR dan soalan lazim (FAQ) boleh didapati di Portal Rasmi STR, melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my atau https://manfaat.mof.gov.my/.

“Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi merujuk informasi mengenai program STR,” katanya. – 26 Januari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Rape allegations at centre of preacher Zamri Vinoth’s defamation trial

Witness for defence claims in her testimony that preacher had raped her at his Rahang home in 2018

Related