Peminjam tak bayar hutang ah long, jiran pula diugut, kereta dan rumah disimbah cat

Ketua Polis Daerah Gombak mengesahkan kejadian itu berlaku di sebuah kawasan perumahan di Batu Caves, awal pagi tadi

8:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Gara-gara tindakan seorang penghuni tidak membayar hutang ah long (ceti haram), satu kawasan kejiranan kecoh apabila beberapa buah rumah dan kenderaan jiran disimbah cat merah.

Menerusi perkongsian seorang netizen di platform X, beberapa penghuni di kawasan terbabit dilihat berkumpul di salah sebuah rumah yang disimbah cat merah.

Malah terdapat surat notis amaran daripada ah long yang meminta jiran supaya menggesa peminjam terbabit untuk membuat bayaran dengan segera.

“Ni notis buat korang (kamu semua) sebab jiran rumah nombor XX punya hutang sama kami tapi tak mahu bayar.

“Korang sebagai jirannya, korang suruh orang rumah tu call (telefon) kami dan settle (bayar) hutang-hutangnya jika tak korang juga ikut sama.

“Jangan cabar saya untuk bakar rumah ni. Suruh jiran korang settle (bayar) secepatnya, jika tidak faham-fahamlah apa saya akan buat,” tulisnya dalam surat notis tersebut.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-rata menyifatkan perbuatan ah long itu sebagai keterlaluan.

Malah seorang pelayar X mendakwa, perbuatan tersebut merupakan modus operandi ah long pada masa ini sekiranya peminjam gagal membuat bayaran mereka.

“Menakutkan modus operandi ah long sekarang ini. Jiran tak bayar hutang, sampai jiran-jiran sebelah kena simbah cat, ugut nak bakar rumah.

“Sesiapa terfikir nak pinjam ah long, bukan saja kena beringat keselamatan keluarga tapi juga jiran sebelah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir mengesahkan kejadian tersebut yang berlaku di Taman Selaseh Fasa 2, Batu Caves, Gombak kira-kira jam 3.50 pagi tadi.

Menurut beliau, pihaknya menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki berusia 31 tahun memaklumkan kenderaannya disimbah cat di kawasan perumahan terbabit.

Katanya, siasatan awal mendapati perbuatan itu ditujukan kepada sebuah rumah di kawasan perumahan berkenaan.

“Dua pagar rumah dan tiga kenderaan jenis Proton Iriz, Proton Persona dan Perodua Myvi disimbah cat merah.

“Kejadian dipercayai dilakukan pemberi pinjam wang tanpa lesen (ah long) berdasarkan penemuan sehelai nota berunsur ugutan jenayah yang ditujukan kepada penghuni rumah tersebut supaya menyelesaikan hutang,” katanya.

Noor Ariffin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan.

“Orang ramai juga boleh menghubungi pegawai penyiasat jenayah, Inspektor Ahmad Irwan Mohamad di talian 019-5712477 atau bilik gerakan ibu pejabat polis daerah Gombak di talian 03-61262222,” katanya. – 25 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related