Anak Bella mengadu ‘uncle’ selalu pukul, marah-marah ‘mummy’: Kakak

Anak lelaki Bella mengenali teman lelaki ibunya yang dipanggil ‘uncle’ kerana sering keluar bersama

10:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kakak kepada Bella atau nama sebenarnya Mila Sharmilah Samsusah, 32, mendakwa adiknya itu sering dipukul teman lelakinya setiap kali mereka bertemu.

Norisham Samsusah, 36, mendakwa dia mengetahui perbuatan tersebut menerusi anak lelaki Bella iaitu Eusuf, 5, yang mengadu ibunya sering dipukul lelaki dipanggil ‘uncle’ semasa mereka keluar bersama-sama.

“Eusuf beritahu saya bahawa uncle dulu selalu marah-marah mummy (panggilan anak Bella kepada ibunya). Dia (Eusuf ada) bertanya kenapa mummy keluar kat TV (televisyen)?

“(Kata Eusuf) Mummy keluar dengan uncle dan uncle dah kena tangkap, (tetapi) kenapa mummy tak balik?” katanya yang dipanggil umi oleh dua anak Bella.

Norisham ditemui media sewaktu hadir untuk menuntut jenazah Bella di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru, hari ini.

Dalam pada itu, Norisham berkata, anak sulung Bella juga ada bertanya kepadanya sama ada sudah memaklumkan kepada pihak polis mengenai tindakan suspek yang sering memukul ibunya.

“(Eusuf tanya saya) Umi dah cakap dengan polis ke belum uncle pukul mummy? Dulu uncle selalu pukul-pukul mummy.

“(Teman lelaki Bella) kenal mereka (anak-anak Bella) kerana selalu keluar bersama dan (Eusuf) marah serta minta tolong (suspek) jangan pukul mummy. Itu yang dia (Eusuf) cerita dekat kami,” katanya yang akan menjaga dua anak adiknya itu selepas ini.

Sementara itu, Norisham berkata, meskipun belum reda dengan pemergian tragis Bella, sekurang-kurangnya mereka sekeluarga dapat mengetahui apa yang menimpa adiknya itu.

“Pengakhiran sangat kecewa (kerana) benda (kejadian) ni dah cakap pada hari pertama dan kedua, saya dah jangka lelaki itu (suspek) tahu sesuatu, cara dia cakap nampak menipu.

“Tapi ‘last’ ini kami dapat (pengakhiran). Tak apa sekurang-kurangnya dapat juga (tahu apa yang berlaku kepada Bella),” katanya.

Terdahulu, teman lelaki Bella, Mohammad Haikal Mahfuz, 24, didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat atas pertuduhan menyebabkan kematian ibu tunggal itu pada penghujung Disember lalu.

Bella dilaporkan hilang 14 Disember tahun lalu selepas ahli keluarga gagal menghubunginya ketika keluar ke dobi sambil ditemani teman lelakinya dengan menaiki kereta berwarna putih sebelum dua laporan polis dibuat pada 16 dan 18 Disember tahun lalu.

Selepas 38 hari kehilangan Bella, polis akhirnya mengesan rangka manusia tidak sempurna di sebuah rumah terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, Jumaat lalu yang kemudian disahkan sebagai Bella.

Jenazah ibu tunggal dua anak itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banang Jaya, Jalan Tanjung Laboh selepas disembahyangkan di Masjid Datuk Bentara di Batu Pahat, petang tadi. – 24 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Not just stupid, but blatantly insulting: Saravanan slams Era FM’s Thaipusam ‘jokes’

MIC deputy president denounces actions of radio presenters imitating sacred kavadi dance, calling it ‘brainless’ and ‘disgraceful’

Megat Hafiz A.C.A.B tetap saman empat individu yang muat naik hantaran berbaur hasutan, ugutan dan penghinaan

Vokalis dan pemain gitar kumpulan skinhead, A.C.A.B, Megat Hafiz Mohammad atau Magskin memaklumkan salah seorang daripada empat individu yang sebelum ini telah mengeluarkan hantaran jelek berbaur hasutan, penghinaan serta ugutan dengan niat menjatuhkan dirinya telah ditahan polis di Pahang.

Related