Pengambilan penjawat awam tetap baharu tidak berpencen: TPM

Dasar baharu pengambilan itu akan dilaksana tahun ini dengan perinciannya diumumkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz

9:48 PM MYT

 

KAJANG – Pengambilan penjawat awam baharu secara kontrak dilakukan untuk tempoh singkat sebelum Kabinet meluluskan dasar baharu pengambilan secara tetap tetapi tidak berpencen, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata dasar baharu pengambilan itu akan dilaksana tahun ini dengan perinciannya diumumkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Ahmad Zahid berkata Mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini turut menyatakan terdapat kekeliruan daripada kenyataan bahawa pengambilan baharu penjawat awam adalah jawatan kontrak.

“Ia tidak bermaksud begitu, ia kontrak untuk tempoh singkat sebelum Kabinet luluskan dasar baharu pengambilan secara tetap tetapi tidak berpencen.

“Mereka akan carum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan kerajaan beri sumbangan seperti lazim dilakukan pada petugas swasta,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam di Sungai Merab hari ini.

Ahmad Zahid turut memaklumkan tanggungan kerajaan untuk bayaran pencen akan mencecah RM120 bilion pada 2040 sekiranya pengambilan tetap bagi penjawat awam diteruskan.

“Penjawat awam sedia ada diteruskan iaitu tetap dan berpencen… saya ingin jelaskan bahawa yang baharu sahaja (terlibat),” katanya.

Semalam, media melaporkan kerajaan akan melaksanakan pengambilan penjawat awam secara lantikan kontrak sehingga inisiatif kaedah lantikan baharu diperkenal bagi mengukuhkan lagi sistem saraan perkhidmatan awam di negara ini.

Mengenai keputusan Ahli Parlimen Tanjong Karang Datuk Dr Zulkafperi Hanapi menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Presiden UMNO itu berkata ia adalah tindakan yang baik dan mengukuhkan Kerajaan Perpaduan.

“Saya fikir lebih ramai lebih baik. Itu hak ahli Parlimen sendiri secara individu dan kini kerajaan ada 153 sokongan ahli Parlimen. Semakin banyak dukung Perdana Menteri, semakin kuat beliau,” katanya. 

Zulkafperi hari ini berkata keputusan menyatakan sokongan kepada Anwar adalah untuk memastikan nasib dan pembangunan penduduk di kawasan Parlimen Tanjong Karang terus terbela selain mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan infrastruktur serta keperluan setempat.

Beliau menjadi wakil rakyat pembangkang keenam daripada Bersatu yang menyatakan sokongan kepada kepimpinan Anwar selepas Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan). – 24 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Related