Lantikan kontrak penjawat awam bersifat sementara: JPA

Pegawai terbabit akan dilantik secara tetap menerusi kaedah baharu di bawah sistem saraan perkhidmatan awam yang akan dimuktamadkan kelak

6:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengambilan secara lantikan kontrak dalam perkhidmatan awam bermula 1 Februari ini merupakan langkah interim (bersifat sementara) ke arah pelaksanaan kaedah baharu lantikan tetap pegawai awam yang akan melibatkan pindaan akta berkaitan.

Jabatan Perkhidamatan Awam (JPA) memaklumkan, pegawai yang dilantik menerusi lantikan kontrak (interim) akan dilantik secara tetap menerusi kaedah baharu di bawah sistem saraan perkhidmatan awam yang akan dimuktamadkan kelak.

Menurutnya, lantikan ke jawatan tetap itu juga tertakluk kepada prestasi dan perakuan Ketua Jabatan selanjutnya.

“Kerajaan pada 12 Julai 2023 memutuskan supaya suatu kaedah baharu bagi lantikan tetap pegawai awam diperkenalkan ke arah mengukuhkan lagi sistem saraan perkhidmatan awam.

“Keputusan ini diambil adalah bagi memastikan kemampanan kewangan Kerajaan bagi jangka masa panjang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, JPA berkata, pelantikan tersebut juga berdasarkan peraturan dan dasar semasa yang berkuat kuasa iaitu Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Urusan Perkhidmatan (UP) termasuk penetapan gaji dan kemudahan.

“Semoga penambahbaikan terhadap sistem saraan perkhidmatan awam ini dapat memacu kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam serta menjaga kebajikan penjawat awam selari dengan aspirasi Malaysia Madani,” katanya.

Semalam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz menerusi surat pekeliling yang tular di media sosial memaklumkan kerajaan akan melaksanakan pengambilan pegawai baharu secara lantikan kontrak sehingga inisiatif kaedah lantikan baharu diperkenalkan bagi mengukuhkan lagi sistem saraan perkhidmatan awam di negara ini.

Beliau berkata, inisiatif kaedah baharu itu dalam fasa pindaan kepada undang-undang berkaitan dan penambahbaikan terhadap kesediaan sistem terlibat.

Menurutnya, selaras dengan komitmen negara dalam menangani isu peningkatan tanggungan pencen, kaedah tersebut juga berupaya melandaikan tanggungan fiskal negara dalam tempoh jangka masa panjang.
“Kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Julai 2023 memutuskan supaya suatu kaedah baharu bagi lantikan tetap pegawai awam diperkenalkan ke arah mengukuhkan lagi sistem saraan perkhidmatan awam di Malaysia.

“Jemaah Menteri juga bersetuju supaya dalam tempoh peralihan (interim) sebelum penguatkuasaan keadah itu, pengambilan pegawai awam ke perjawatan tetap akan dilaksanakan secara lantikan kontrak (COS) berkuatkuasa mulai tahun ini,” katanya.

Dalam pembentangan Bajet 2024 pada 13 Oktober tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan penuh Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) akan dibuat sepenuhnya bermula 2025.

Bagi tujuan itu, kajian berhubung sistem saraan itu dijalankan secara menyeluruh, yang memberi tumpuan kepada peningkatan produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam.

Ia menerusi penggunaan teknologi dan kemahiran modal insan, prestasi penjawat awam dari aspek produktiviti yang mewajarkan gaji setimpal kepada penjawat awam, kesejahteraan penjawat awam dalam menangani kos sara hidup dan kemampanan fiskal negara dalam membiayai perbelanjaan berkaitan perkhidmatan awam. – 24 Januari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Related