‘Macam mana nak ada kestabilan politik jika tukar kerajaan macam tukar baju dalam’

Kestabilan politik politik dapat dicapai sekiranya kerajaan fokus membangunkan negara untuk tempoh jangka masa panjang

10:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz menegaskan kestabilan politik di negara ini tidak akan dicapai sekiranya pemimpin sering mahu menukar kerajaan dan sesuatu dasar.

Menurutnya, kestabilan politik dapat dicapai jika pemimpin berpandangan jauh dan fokus untuk membangunkan negara.

“Macam mana nak ada kestabilan politik tanpa pandangan fokus dalam jangka masa panjang apabila anda menukar kerajaan macam menukar baju dalam anda. Baju dalam yang cepat kotor pula tu. Betul?

“Kami pernah berada di sana (jadi kerajaan) selama berdekad dan kami boleh perbetulkan dasar kalau tak jalan. Tetapi sekarang anda menukar dasar sama seperti menukar kerajaan. Itu sebab jadi kerajaan jangka pendek untuk kelangsungan hidup.

“Kita perlukan kerajaan untuk pembangunan. (Bukannya) yang takut tak menang lagi beberapa tahun, dia buatlah dasar baru. Tak bolehlah, kita kena lihat lebih jauh daripada itu,” katanya dalam podcast Keluar Sekejap, malam ini.

Ketika ditanya mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, salah seorang pengendali podcast tersebut mengenai keahliannya dalam Umno, Rafidah berkata, beliau sudah lama meninggalkan parti tersebut.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas mendakwa Umno sudah tersasar jauh daripada perjuangan sebenar parti tersebut.

“Dah lama saya berhenti, tapi mereka tak semak dan mahu pecat saya. Lantaklah, berhenti ke pecat sama saja. Saya berhenti.

“Saya tengok (Umno) dah melelong lain macam, tidak lagi mempertahankan perjuangan sebenar. Kita biasa dengan Umno, (kepimpinan) Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada beliau masih sayangkan Umno, Rafidah berkata, beliau hanya menyayangi perjuangan parti bukannya pada pertubuhan parti berkenaan.

“Saya tak kasih sayang pada pertubuhan, (tapi) saya kasih sayang pada perjuangan. Kalau perjuangan itu betul, kita kasih sayanglah. Ini perjuangan melelong, takkan saya nak masuk parit sama dengan dia. Banganglah saya.

“Saya tak tahu (sama ada terdapat jalan kembali untuk Umno). Ini kerana ramai menyertai Umno sangat kecewa. (Apatah) lagi anak muda yang kita harapkan untuk mengambil alih parti berasa jijik. Mereka enggan menyertai parti atau mana-mana parti yang bersikap memecah-belahkan (kaum),” katanya. – 23 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related