Pesawat latihan jenis Piper gagal mendarat, tayar hadapan tertanggal

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka pada jam 3.07 petang tadi

6:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pesawat latihan jenis Piper PA-28-181 dengan nombor pendaftaran 9M-ITX yang dikendalikan International Aero Training Academy (IATAC) dipercayai gagal mendarat dengan baik sehingga menyebabkan tayar hadapannya tertanggal.

Ketua Pegawai Eksekutif, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud mengesahkan insiden membabitkan pesawat terbabit yang sedang menjalani latihan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka pada jam 3.07 petang tadi.

Menurutnya, insiden itu melibatkan seorang juruterbang pelatih tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

“Pesawat berkenaan sudah dialihkan dari landasan pada jam 3.35 petang dan dibawa ke hangar berhampiran untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, lapangan terbang tersebut sudah kembali beroperasi pada jam 4.12 petang selepas semua pemeriksaan keselamatan selesai dilakukan.

Katanya, siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016. – 23 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

[UPDATED] AGC requests high court for gag order on public discussion of Najib’s addendum case 

Attorney-General’s Chambers also does not want lawyers to hold watching briefs on hearings for the opposition

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related