Cadang pencen ilat, penakat kepada pekerja ekonomi gig: Fahmi

Ia berikutan rata-rata pekerja terbabit bekerja hampir sepenuh masa dalam bidang tersebut untuk jangka masa panjang

4:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi akan mengadakan perbincangan bersama Kementerian Sumber Manusia supaya mewujudkan pencen ilat dan penakat kepada pekerja dalam ekonomi gig.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia berikutan rata-rata pekerja terbabit bekerja hampir sepenuh masa dalam bidang tersebut untuk jangka masa panjang.

Malah katanya, perbincangan mengenai perkara itu juga akan dilanjutkan kepada Kementerian Digital, berikutan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) kini berada di bawah pengurusan kementerian berkenaan.

Pelancaran Pakej P-Hailing RAHMAH oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil di Perkarangan Auditorium Seri Angkasa Angkasapuri pagi ini. – Gambar Riduan Ahmad/Scoop, 23 Januari, 2024

“Mungkin boleh disediakan kepada mereka (riders) pencen ilat dan pencen penakat kerana saya lihat rata-rata mereka dah macam bekerja sepenuh masa. Ada yang dah lima ke enam tahun.

“Itu bukan ‘part time’ (sambilan) tapi dah ‘all the time’. Jadi saya rasa keselamatan sosial mereka juga harus ‘all the time’ dan ada keperluan untuk kita teliti perkara ini,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Pakej P-Hailing RAHMAH di sini, hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai kempen boikot yang dilakukan segelintir penunggang p-hailing baru-baru ini kerana tidak berpuas hati dengan kadar upah baharu yang ditetapkan, beliau berkata, kerajaan mengambil pendirian berkecuali berkaitan perkara berkenaan.

Menurutnya, kerajaan lebih fokus untuk memastikan penunggang terbabit diberikan perlindungan sosial yang lebih baik.

“Pada waktu ini, kerajaan tidak mencampuri urusan tersebut secara langsung. Kita ambil pendirian untuk adakan perbincangan tapi (sebarang) keputusan adalah daripada pihak penyedia perkhidmatan (syarikat e-hailing).

“Mungkin rider dalam satu syarikat merasakan syarikat lain sediakan upah lebih baik, maka mereka boleh berhijrah ke syarikat (lain),” katanya.

Terdahulu, Grab Malaysia menyusun semula rangka kerja bayaran dan bonusnya untuk memastikan pampasan adil kepada rider penghantaran serta pemandu p-hailing yang menerima tempahan yang memerlukan lebih banyak masa dan usaha.

Grab menerusi satu kenyataan memaklumkan, struktur pendapatan baharu yang berkuat kuasa pada 17 Januari lalu ‘memberikan manfaat kepada rakan kongsi penghantaran yang paling aktif’.

Pembaharuan struktur itu akan memastikan tempahan yang menghendaki lebih banyak masa dan usaha akan ‘dibayar dengan lebih adil’.

Dalam struktur baharu itu, tambang asas diubah di manakala insentif dinaikkan bagi penghantaran pada waktu puncak, pengambilan jauh dan masa menunggu tambahan bagi penghantaran ‘pick-up’.

Perubahan itu telah dilakukan selepas menerima maklum balas yang diterima beberapa bulan lalu daripada penunggang p-hailing dengan menyusun semula yuran penghantaran dan rangka kerja bonus syarikat itu untuk memastikan tempahan yang memerlukan lebih banyak masa dan usaha akan mendapat pampasan lebih adil.

Sehingga suku pertama 2023, 97 peratus penunggang p-hailing di Asia Tenggara menerima lebih dari upah minima di negara masing-masing. – 23 Januari, 2024

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

It’s clearly ‘All In’ Hotel, not ‘Allah’: Perlis mufti urges Muslims to look before leaping

The “All In Hotel” signage does not resemble the word “Allah”, said Datuk Mohd Asri Zainul Abidin after a group complained about its name.

Related