[KEMASKINI] Dr Mahathir selesai beri keterangan

Polis mengambil masa kira-kira sejam untuk merakam keterangan daripada Dr Mahathir

3:18 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Proses merakam keterangan oleh tiga anggota polis dari Bukit Aman daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, berhubung kenyataannya yang menyentuh isu kaum, telah berakhir pada 4.05 petang tadi.

Pegawai polis terbabit tiba di yayasan tersebut pada jam 3 petang tadi dan meluangkan masa selama kira-kira sejam di situ.

Ia dipercayai berkaitan kenyataan pemimpin itu bahawa kaum India dan Cina Malaysia tidak mempunyai kesetiaan sepenuhnya terhadap negara ini.

Malam tadi, dalam jawapan ringkas kepada Scoop, peguamnya, Mohd Rafique Rashid Ali memaklumkan bahawa pihak polis akan merakamkan keterangan daripada Dr Mahathir.

Dr Mahathir menerusi temu bual bersama sebuah media dilaporkan mendakwa, masyarakat India di Malaysia tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana masih terikat dengan negara asal mereka.

Dakwanya, seseorang itu harus dikenali sebagai ‘orang Melayu’ untuk berhak menganggap Malaysia sebagai negara sendiri.

Kenyataan Dr Mahathir itu mencetuskan ketidakpuasan hati beberapa pihak, termasuk Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang yang kecewa dan membidasnya. – 23 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Related