Kastam sasar kutipan hasil RM56 bilion tahun ini

Tahun lalu, JKDM mencapai kutipan hasil RM55.1 bilion melepasi sasaran RM53.5 bilion, dengan lebihan sebanyak RM1.6 bilion atau tiga peratus

1:46 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan menyasarkan kutipan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sebanyak RM56 bilion pada tahun ini.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin berkata, sasaran itu ditetapkan berikutan kejayaan jabatan berkenaan mengutip hasil melebihi sasaran pada tahun lalu.

“Bermula awal tahun ini, JKDM telah menggerakkan jentera dalam memastikan sasaran kutipan ini juga turut dapat dicapai.

“Sebagaimana kejayaan yang dicapai pada tahun lepas, saya yakin dan percaya kita mampu mengulangi kejayaan bagi tahun 2024 ini,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Kastam Sedunia ke-42 yang disempurnakan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini hari ini.

Tahun lalu, JKDM mencapai kutipan hasil sebanyak RM55.1 bilion melepasi sasaran RM53.5 bilion, dengan lebihan sebanyak RM1.6 bilion atau tiga peratus.

Mengulas lanjut, menurut Anis Rizana, JKDM berjaya membendung sejumlah 7,771 kes penyeludupan pada tahun lalu yang melibatkan nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM567 juta.

Beliau berkata, kes rampasan tertinggi adalah melibatkan kes rampasan dadah jenis Fentanyl seberat 807.9 kilogram bernilai sebanyak RM44.4 juta.

Sementara itu, dalam usaha menarik kepercayaan lebih ramai pelabur ke Malaysia, Anis Rizana, JKDM konsisten dalam usaha mempercepatkan dan memantapkan lagi fasilitasi perdagangan merentasi sempadan.

Beliau berkata, jabatan terbabit sentiasa giat memberikan kefahaman dan pengetahuan kepada pihak industri melalui program seperti ‘outreach’, ‘handholding’ dan khidmat nasihat dari semasa ke semasa.

“Dengan adanya keseimbangan antara fungsi mengutip hasil dan fasilitasi perdagangan, pembangunan ekonomi akan menjadi lebih makmur.

“JKDM juga memberi fokus ke arah memudah cara perdagangan dengan mengadaptasi transformasi teknologi melalui pembangunan sistem seperti, MyExcise Fasa 2, CuBIC, Sistem MySawit, SDSIE dan i-PATUH,” katanya. – 23 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related