Isteri Daim akan didakwa di bawah akta SPRM di mahkamah esok

Pada 10 Januari lalu, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid dan dua anaknya dipanggil beri keterangan di ibu pejabat SPRM

8:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, isteri kepada Tun Daim Zainuddin, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah 9, Kuala Lumpur esok.

Mengikut jadual mahkamah yang dipetik Scoop, beliau akan didakwa jam 9 pagi di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM, Datuk Mohammad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi Scoop mengesahkan mengenai perkara tersebut.

Beliau berkata, pendakwaan dilakukan di bawah Seksyen 36 (2) Akta SPRM 2009.

Dalam pada itu, sumber memberitahu, Na’imah ditahan SPRM di Hospital Assunta, Petaling Jaya pada jam 4.50 petang tadi.

Beliau akan didakwa mengikut akta itu kerana gagal isytihar harta.

Pada 19 Januari lalu, beliau membidas laporan sebuah portal berita yang didakwa memetik ‘dokumen bocor’ memperincikan simpanan luar pesisir bernilai ratusan juta dimiliki keluarga mereka.

Beliau berkata, laporan bernada sensasi itu bertujuan memberikan tanggapan salah laku atau pemilikan harta yang diperoleh secara haram keluarga mereka.

Malah katanya, mereka tidak pernah merahsiakan fakta memiliki aset di luar negara, yang merupakan hasil daripada aktiviti perniagaan dan pelaburan sah sejak sebelum penglibatan Daim dalam arena politik pada 1984.

Pada 10 Januari lalu, Na’imah dan dua anaknya, Muhammed Amin dan Muhammed Amir dipanggil memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Daim sebelum ini dilaporkan antara yang turut disiasat SPRM berkait transaksi korporat bernilai RM2.3 bilion pada November 1997 membabitkan Renong Bhd dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM), dua entiti yang juga bekas tonggak perniagaan dikaitkan dengan Umno ketika parti itu mentadbir negara.

Bulan lalu, SPRM turut menyita bangunan Menara Ilham di Jalan Binjai, di ibu negara, yang dikatakan milik keluarga Daim.

Notis penyitaan bangunan setinggi 60 tingkat itu bertarikh 18 Disember tahun lalu disiarkan melalui ruangan pemberitahuan sebuah portal berita dengan ditandatangani Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Akram Gharib.

Pada 3 Januari lalu, media melaporkan SPRM memanggil empat individu bagi membantu siasatan kes sama yang direkodkan mengikut Seksyen 30 Akta SPRM 2009. – 22 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related