Tiada permohonan permit diterima untuk anjur himpunan rakyat: Polis

Polis juga tidak menerima sebarang notis daripada pihak penganjur

6:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis tidak menerima sebarang permohonan permit berhubung penganjuran Himpunan Rakyat dan penyerahan memorandum oleh sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Pembela Tanah Air (PETA), pada pukul 11 pagi esok di Istana Negara.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata polis juga tidak menerima sebarang notis daripada pihak penganjur.

“Setakat ini, pihak polis masih tidak menerima sebarang notis permohonan daripada penganjur. Justeru itu, semua pihak diminta menghormati undang-undang dan sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkaitan isu ini dan sebarang maklumat berkaitan jenayah atau kegiatan mencurigakan, boleh menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/0585 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Terdahulu, tular di media sosial melalui hantaran oleh Che Gubard (Badrul Hisham Shaharin) yang mengajak orang ramai agar menyertai Himpunan Rakyat #daulattuanku  dan penyerahan memorandum yang dijadual diadakan di Istana Negara, esok. – 22 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related