Sambutan Thaipusam: Tujuh jalan menghala Batu Caves ditutup bermula 10 malam ini

Kawasan Kuil Batu Caves juga merupakan kawasan larangan bagi pengoperasian dron, kecuali dapat kebenaran CAAM

5:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak tujuh jalan menghala ke Batu Caves, Selangor akan ditutup bermula 10 malam ini sehingga 27 Januari sempena sambutan perayaan Thaipusam.

Senarai jalan dan persimpangan yang ditutup adalah seperti berikut:

  1. Simpang 3 Jalan Bunga Raya menghala ke Jalan Batu Caves;
  2. Lampu isyarat Jalan Station (Batu Caves Bypass);
  3. Susur dari arah Bulatan Batu Caves (MRR2) menghala ke Kuil Batu Caves;
  4. Susur dari arah Gombak (MRR2) menghala ke Kuil Batu Caves;
  5. Simpang 3 Jalan SBC 8/Jalan Lama Batu Caves;
  6. Jalan Perusahaan menuju ke Kuil Batu Caves;
  7. Simpang tiga lampu isyarat Sri Batu Caves menghala keluar ke MRR2.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, untuk itu seramai 1,600 pegawai dan anggota polis dari Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Bukit Aman dan kontinjen luar telah ditugaskan bagi memastikan keselamatan dan kelancaran lalu lintas pengunjung yang akan ke Kuil Batu Caves di sepanjang sambutan Thaipusam pada 25 Januari ini.

“Hebahan penutupan jalan akan dibuat di papan iklan elektronik dari arah Bulatan Batu Caves menghala ke Gombak bermula hari ini dan juga laman rasmi Facebook Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

“Oleh itu orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif yang dicadangkan oleh pihak polis yang akan dikemas kini melalui platform media sosial Facebook IPD Gombak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussein berkata, umum mengetahui bahawa pada 13 Januari lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan tambang percuma bagi perkhidmatan bas Rapid dan juga komuter (KTM) kepada pengunjung ke Kuil Batu Caves bermula 24 Januari sehingga 25 Januari ini.

Oleh itu katanya, pengunjung yang merancang untuk ke Kuil Batu Caves dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam yang telah disediakan.

“Pengguna jalan raya juga dinasihatkan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di sepanjang perayaan ini berlangsung.

“Kawasan Kuil Batu Caves ini juga merupakan kawasan larangan bagi peroperasian dron. Pihak yang hendak mengoperasikan dron hendaklah membuat permohonan terdahulu daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

“Tindakan undang-undang akan diambil kepada pihak yang gagal mematuhi peraturan,” katanya.

Beliau menambah, pengunjung yang membawa kenderaan ke Kuil Batu Caves juga dinasihatkan untuk meletakkan kenderaan di tempat yang dibenarkan. – 22 Januari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Related