Kes kebakaran rumah Ngeh Koo Ham, polis sudah rakam keterangan 11 saksi

Kata Ketua Polis Perak, bomba telah membuat pengesahan awal bahan bakar yang digunakan adalah daripada petrol

7:18 PM MYT

 


KUALA LUMPUR — Polis telah merakamkan keterangan 11 saksi sehingga kini dan siasatan masih diteruskan bagi mengesan suspek yang terlibat dalam kebakaran rumah Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham pada 10 Januari lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kes tersebut masih disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum dengan penjara sehingga 14 tahun dan denda.

“Bomba telah membuat pengesahan awal bahan bakar yang digunakan adalah daripada petrol.

“Bagaimanapun surat laporan rasmi akan dihantar kepada polis dalam masa terdekat,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Orang ramai, kata Yusri, yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes kebakaran ini boleh menghubungi pegawai penyiasat ASP Mohd Azalan Ab Karim di talian 019-392 7837 bagi membantu polis.

Dalam kejadian pada awal pagi 10 Januari lalu, rumah Koo Ham dipercayai dilontar dengan ‘molotov cocktail’ menyebabkan kebakaran yang memusnahkan sebuah kereta miliknya, manakala dua kenderaan lagi mengalami kerosakan.

Susulan itu, seorang lelaki telah ditahan reman namun dibebaskan dengan jaminan polis. – 21 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

Related