Bukan senang mahu siasat individu bergelar Tun: Anwar

Kata Perdana Menteri menyiasat ketua kampung, cikgu sekolah lebih senang berbanding orang kaya yang besar-besar

11:14 PM MYT

 

KLANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, bukan mudah untuk menjalankan sebarang siasatan terhadap golongan kenamaan.

Justeru, beliau meminta rakyat menyokong usaha kerajaan dalam menyiasat golongan atasan termasuk individu yang bergelar Tun berhubung kecurian dana kerajaan.

“Kami akan kejar penyangak itu, saya tidak peduli …bila kita nak ambil tindakan (ke atas golongan tersebut) rakyat marah, Perdana Menteri ini kasar sangat. Bagi saya aneh, sepatutnya kamu sokong. Bukan senang tahu, mahu siasat Tun,Tun.

“Siasat ketua kampung senang, siasat cikgu sekolah lagi senang, saya mahu siasat orang kaya yang besar-besar curi duit ingat senang ke? Tak senang. Kita mahu jaga negara ini, jangan bagi orang curi harta rakyat,” katanya ketika berucap di Majlis Sambutan Pesta Ponggal Kebangsaan 2024 di Dataran Majlis Perbandaran Klang @ Padang Chetty di sini malam ini.

Pada 17 Januari, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya mengambil keterangan daripada seorang anak bekas Perdana Menteri dipercayai berhubung perniagaannya pada akhir tahun 1990-an.

Sebelum itu, isteri Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Nai’mah Abdul Khalid dan dua anaknya hadir ke ibu pejabat SPRM dipercayai bagi membantu siasatan berkaitan bekas Menteri Kewangan dan ahli perniagaan itu.

Disember lalu, SPRM menyita bangunan Menara Ilham di Kuala Lumpur dipercayai berkaitan kes penyelewengan dana negara berjumlah lebih RM2.3 bilion membabitkan seorang tokoh korporat dan bekas menteri kanan.

Dalam pada itu, Anwar mengingatkan pemimpin masyarakat India supaya tidak terbawa-bawa dengan sentimen melampau yang tidak akan menguntungkan negara.

Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kiri) menyampaikan sumbangan Bakul Rahmah kepada penerima di Padang Chetty, Klang malam ini. Turut hadir, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang (tiga, kanan) dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (kiri). – Gambar Bernama, 20 Januari, 2024

Beliau berkata semua kaum ketika ini membuat tuntutan agar masalah diselesaikan segera dan kerajaan akan menggunakan konsep Madani yang adil untuk semua pihak.

“Untuk menyelesaikan masalah kaum India, kita bukan sahaja memberikan peruntukan RM100 juta melalui Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra), sebaliknya kita juga selesaikan melalui program lain seperti tandas sekolah, kemiskinan tegar, rumah penjawat awam dan RM30 juta melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN).

Saya juga meminta semua kementerian termasuk Kementerian Kewangan, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Perpaduan (Negara) untuk mengenal pasti masalah rakyat tanpa mengira kaum,” katanya.

Sementara itu, Anwar juga berkata, selepas kerajaan berjaya membasmi kemiskinan tegar di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan, beliau kini menunggu laporan lengkap dari Selangor dalam tempoh dua minggu berkenaan perkembangan sama.

“Sudah tentunya Selangor kita dapat uruskan dengan baik, dengan hasil yang baik dan boleh serta mampu selesaikan. Saya yakin Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan beres masalah kemiskinan,” katanya. – 20 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

RM13 bil Penang Mutiara Line LRT to boost connectivity, set for 2031 completion

The 29.5-kilometre line with 21 stations aims to enhance travel across Penang and drive economic growth

DBKL slices up Havoc Food Festival in Setapak as traffic complaints boil over

Nik Nazmi steps in after residents complain of congestion, authorities shut down unlicensed event

In latest book ‘Saving the Planet’, Nik Nazmi makes urgent call for climate action

New book offers a Malaysian perspective on the global environmental crisis, highlighting economic and social stakes of climate change

Related