‘Kalau tahu awal mana Bella disorok, mesti keluarga boleh peluk cium walau dia tak bernyawa’: Norhisham

Dia dan keluarga sangat kecewa, malah menganggap segala usaha dilakukan mereka sejak kehilangan adiknya itu sia-sia kerana seolah-olah ‘teraniaya’

4:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – ‘Kami tersangat kecewa, selepas 38 hari apa saya dan keluarga dapat, rangka?’, luah Norhisham Samsusah, kakak kandung kepada Mila Shamila atau Bella yang dilaporkan hilang sejak 14 Disember lalu.

Meluahkan kekecewaan dan kesedihannya menerusi coretan di Facebook hari ini, Norhisham berkata, dia sudah melakukan segala yang termampu sebagai usaha mencari bukti untuk mengesan keberadaan adiknya itu.

Namun, tegasnya, dia menganggap segalanya sia-sia kerana merasa seolah-olah ‘teraniaya’.

Katanya, sebagai kakak dia hanya mahukan pembelaan sewajarnya untuk Bella sama ada mangsa ditemui masih hidup atau sudah meninggal dunia.

Malah, dia berkata, nalurinya sangat kuat mengatakan bahawa teman lelaki Bella yang disoal siasatan polis baru-baru ini, mengetahui kisah sebenar mengenai kehilangan mangsa.

“Apa lagi saya tak buat yang saya yakin dan tersangat yakin bf (teman lelaki) Bella tahu kehilangan Bella ni…Sekarang selepas 38 hari…Apa yang saya dan keluarga dapat…Kami cuma dapat rangka…Kenapa masa reman tidak tekan dia habis-habis…Kalau tahu awal mana Bella disorokkan…Mesti keluarga dapat body (jasad) bukan rangka…Walaupun body dah tak bernyawa tapi masih boleh kami peluk cium untuk kali terakhir.

“Ya kami tersangat kecewa…Dah macam-macam usaha saya buat untuk cari bukti yang orang terakhir bersama Bella adalah pelaku…Saya dan Bella ni sentiasa share (kongsi) benda apa kami nak buat…Bella takkan hilang macam ni…Masa hari last chat 14.12.2023 pukul 11.38 malam, Bella tanyakan sesuatu…Saya dah jawab kemudian Bella senyap…Mungkin masa tu last nyawa dia dihabiskan,” katanya.

Norhisham Samsusah mendedahkan, dia membeli telefon bimbit untuk mendapatkan semula kandungan dalam data milik adiknya. – Gambar tangkap layar, 20 Januari, 2024

Norhisham berkata, dia turut membeli telefon bimbit untuk mendapatkan semula kandungan dalam data milik Bella.

Ujarnya, dia membeli gajet itu untuk menunjukkan apa dimaklumkan teman lelaki Bella semuannya tidak benar, termasuk kenyataan mengatakan adiknya menaiki kenderaan orang lain ketika dia ditinggalkan di tepi jalan serta ada individu menghubungi menerusi panggilan telefon dan menghantar Whatsapp.

“Saya pergi ke IPK untuk bagitahu benda ni (ada) unsur jenayah dan nyawa adik saya jadi taruhan…Saya sudah pergi balai untuk bagitahu IO (pegawai penyiasat) ini kes jenayah, tetapi IO tak nak jumpa saya…atas alasan siasatan OH (orang hilang), sedangkan saya dah tukar kepada jenayah,” katanya.

Kes kehilangan Bella, 32, dilaporkan apabila dia tidak pulang ke rumah selepas memberitahu mahu ke dobi di Simpang Rantai, Batu Pahat dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkannya keluar ke pusat cucian itu bersama teman lelaki.

Susulan Bella gagal dihubungi, keluarga membuat laporan berhubung kehilangannya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat dan pihak polis menghebahkan kes itu kepada umum, termasuk menerusi media sosial.

Polis dilaporkan memanggil tujuh individu untuk membantu siasatan kes kehilangan Bella yang diklasifikasikan sebagai orang hilang, termasuk merekodkan keterangan daripada teman lelakinya.

Siasatan kes kehilangan Bella itu dibuat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Datuk Kamarul Zaman Mamat semalam memaklumkan, polis menemui rangka manusia tidak sempurna di sebuah rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah di Batu Pahat. – Gambar Bernama, 20 Januari, 2024

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat menerusi sidang media semalam memaklumkan, pihaknya menemui rangka manusia tidak sempurna di sebuah rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah di Batu Pahat.

Rangka itu ditemui pada jam 2 petang semalam, selepas seorang suspek utama kes terbabit membawa pihak polis ke lokasi berkenaan.

Kamarul Zaman berkata, polis menemui cebisan pakaian pada rangka terbabit.

Pengesahan identiti mangsa, tegasnya, termasuk sama ada ia adalah Bella atau sebaliknya, sedang dikenalpasti dan hanya dapat ditentukan kira-kira dua minggu lagi. – 20 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related