Pengelola, syarikat tipu jemaah haji, umrah akan diheret ke muka pengadilan: Na’im

Pengelola jemaah haji diingatkan mengenai tanggungjawab untuk melaksanakan amanah sebaik mungkin

1:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) akan bekerjasama dengan lebih rapat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengheret syarikat pengurusan haji tidak bertanggungjawab atau ‘penipu pakej’ ke muka pengadilan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, agensi itu juga akan menjalin kerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) untuk tujuan sama.

“Insya-Allah TH akan bekerjasama dengan lebih rapat bersama PDRM dan juga Motac untuk memastikan mereka, syarikat yang tidak bertanggungjawab ini dibawa ke muka pengadilan,” katanya menerusi video di Facebook hari ini.

Beliau berkata, pengelola jemaah haji, sama ada sudah diberikan lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) TH atau belum menerimanya, diingatkan mengenai tanggungjawab untuk melaksanakan amanah sebaik mungkin bagi individu yang memang benar-benar berhasrat menunaikan haji dan umrah.

“Kita sedih dan terkilan ada juga syarikat tidak bertanggungjawab mengambil peluang daripada keinginan masyarakat yang begitu tinggi untuk menunaikan haji dan umrah, dengan melakukan penipuan (terhadap mereka),” katanya.

Na’im berkata, beliau juga sudah bercakap dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali untuk kedua-dua pihak berbincang.

“Kita (pihak saya dan Armizan) mahu lihat ruang dan peluang bagaimana penguatkuasaan terhadap mereka yang menipu dalam pakej haji serta umrah ini, boleh dihukum, dibawa ke muka pengadilan.

“Manakala, bagaimana bakal haji dan umrah yang ditipu akan mendapat hak mereka itu semula, sama ada boleh menunaikan haji atau umrah ataupun duit mereka ini dipulangkan kepada mereka semula,” katanya.

Terdahulu, Na’im dilapor memaklumkan, sejumlah 25 syarikat pelancongan tempatan yang diberikan lesen PJH akan meneruskan tawaran Pakej Rahmah untuk jemaah dengan harga di bawah RM50,000.

Kadar itu, katanya, adalah munasabah dengan mengambil kira kos haji semasa yang terus meningkat.

Menurutnya, TH sudah meminta supaya semua PJH mengadakan Pakej Rahmah seperti tahun lalu dan mereka menyambut baik untuk meneruskan tawaran itu untuk kali kedua.

Pendekatan itu, katanya, sebagai inisiatif TH bagi membantu bakal haji menunaikan rukun Islam Ke-5 berkenaan dengan menyediakan pakej pada harga munasabah. – 20 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related