Tempoh janji temu diberikan hospital berdasarkan keadaan kesihatan pesakit: HKL

Ia sebagai menjawab dakwaan pengguna X mengenai tarikh janji temu enam bulan ditetapkan HKL untuk rakannya yang memerlukan rawatan psikiatri

1:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tempoh janji temu yang diberikan Hospital Kuala Lumpur (HKL) kepada pesakit adalah berdasarkan keadaan mereka, iaitu selepas pemeriksaan saringan dijalankan.

Pengarah HKL, Datin Paduka Dr Rohana Johan berkata, merujuk kepada aduan tular di X berhubung ketidakpuasan hati seorang pengadu yang mendakwa, tarikh janji temu rawatan rakannya di Klinik Pakar Psikiatri dan Rawatan Mental hospital itu terlalu lama, pihaknya sudah menjalankan penyiasatan.

Katanya, hasil siasatan mendapati pengadu hadir bersama pesakit ke HKL bagi tujuan mendapatkan tarikh janji temu di lokasi dikatakan itu, selepas dirujuk pihak klinik kesihatan berkenaan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Susulan itu, pesakit sudah menjalani pemeriksaan saringan dan tarikh janji temu yang diberikan adalah berdasarkan keadaan pesakit,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, HKL sememangnya memandang dan mengambil tindakan serius membabitkan pengurusan tempoh janji temu yang lama.

“Untuk makluman, setiap pesakit yang dirujuk ke mana-mana klinik pakar, akan disaring bagi menentukan kesesuaian tempoh janji temu untuk diberi kepada pesakit.

“Adalah menjadi hasrat HKL untuk memberikan perkhidmatan rawatan terbaik kepada setiap pelanggan hospital ini,” katanya.

Terdahulu, tular di X memaparkan perkongsian individu menggunakan nama akaun @thegrxyvibe yang meluahkan ketidakpuasan hati, susulan HKL didakwa memberikan janji temu dalam tempoh enam bulan kepada rakannya untuk masalah kesihatan berkaitan psikiatri.

“Korang kalau nak dapatkan rawatan psikiatri, elak pergi HKL. Semalam I (saya) teman seorang lelaki berusia 17 tahun ni pergi buat appointment (janji temu) psikiatri kat HKL,” katanya.

Menurutnya, walaupun alasan diberikan pihak hospital adalah jumlah pesakit terlalu ramai, tempoh menunggu selama setengah tahun untuk mendapatkan rawatan itu dianggap sangat lama.

Individu terbabit juga mendakwa, selepas mendengar tempoh ditetapkan itu, wajah rakannya yang dilihat penuh harapan untuk mendapatkan rawatan bertukar kecewa.

Justeru, dia berkata, mereka kemudian membuat keputusan untuk ke Hospital Cyberjaya dan menyifatkan sistem penjagaan kesihatan di negara ini sedang ‘runtuh’ dan rakyat terpaksa mendepaninya.

“Guess what (cuba teka)? Doktor cakap appointment lagi enam bulan. Kenapa? Sebab ramai sangat patient (pesakit). Gila ke apa enam bulan.

“Saya tengok wajah lelaki itu daripada penuh harapan bertukar kecewa dan saya sangat kesian dengannya, sebab kitaorang daripada tengah hari pergi sana sini nak uruskan appointment.

“Jadi kita orang buat keputusan pergi Hospital Cyberjaya jelah (sahajalah) nanti. Sistem penjagaan kesihatan kita sedang runtuh dan tiada apa kita bolen lakukan mengenainya,” katanya. – 19 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

Related