Kos haji meningkat 8% tahun ini kepada lebih RM33,000, TH teruskan bantuan kewangan B40

Kadar bayaran bakal haji untuk muasassah golongan B40 ditetapkan pada RM12,356 seorang, manakala M40 pula RM19,152 seorang

11:16 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kos melaksanakan ibadah haji bagi seorang muasassah tahun ini meningkat sebanyak lapan peratus kepada RM33,300 berbanding RM30,850 pada tahun lalu.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Syed Hamadah Syed Othman berkata, berikutan itu, Bantuan Kewangan Haji untuk tahun ini yang ditanggung Tabung Haji dijangka meningkat kepada RM350.1 juta.

Menurutnya, kos tersebut meliputi seluruh rantaian perkhidmatan haji termasuk penginapan, penerbangan, sajian, visa, perkhidmatan semasa di tanah air dan juga di Tanah Suci.

Kos menunaikan haji musim 2024 mengikut kategori. – Gambar Tabung Haji, 19 Januari, 2024

“Antara lain, ia turut merangkumi operasi masyair, pengangkutan, kos pengurusan, kebajikan serta kesihatan jemaah haji dan lain-lain kos,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan perkembangan itu, kadar bayaran haji untuk bakal haji muasassah golongan B40 yang pertama kali ditetapkan pada RM12,356 seorang.

Katanya, kadar tersebut mengambil kira keprihatinan kerajaan Malaysia terhadap bakal haji golongan B40 dengan menanggung kos tersebut sebanyak RM1,000 setiap seorang.

“Bakal haji kumpulan B40 akan menerima Bantuan Kewangan Haji dan bantuan kerajaan berjumlah RM20,944 seorang iaitu bersamaan dengan 63 peratus daripada kos keseluruhan haji.

“Bayaran haji bagi bakal haji muasassah kumpulan M40 yang pertama kali menunaikan ibadat haji pula adalah RM19,152 seorang, namun mereka akan menerima Bantuan Kewangan Haji berjumlah RM14,148 seorang atau 42 peratus daripada kos keseluruhan.

“Kumpulan T20 akan dikenakan bayaran penuh kos menunaikan haji iaitu sebanyak RM33,300 seorang,” katanya.

Tiga pengecualian kos penuh diberikan kepada rayuan. – Gambar Tabung Haji, 19 Januari, 2024

Mengulas lanjut berhubung kenaikan kos haji, beliau berkata, TH terdedah kepada faktor di luar kawalan seperti peningkatan kadar inflasi, cukai nilai tambah fan caj perkhidmatan di Tanah Suci.

“Dalam usaha mengawal peningkatan kos haji, TH juga memeterai perjanjian kontrak jangka panjang membabitkan penerbangan, penginapan, sajian makanan dan beberapa perkhidmatan di Arab Saudi.

“Walaupun berlaku kenaikan kos haji, namun TH tetap mencari kaedah terbaik mengimbangi usaha memberikan perkhidmatan cemerlang demi kebajikan jemaah negara di samping mengekalkan kelestarian kedudukan kewangan,” katanya. – 19 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related