Pemukiman Jemaah Menteri perkasa sinergi antara Jemaah Menteri, kepimpinan perkhidmatan awam

Pelbagai strategi dan hala tuju baharu kerajaan dirangka sepanjang sesi permukiman itu

9:20 AM MYT

 

PUTRAJAYA – Pemukiman Jemaah Menteri 2024 yang berlangsung selama dua hari berakhir malam tadi memperkasakan sinergi dan kerjasama erat antara anggota Jemaah Menteri bersama kepimpinan perkhidmatan awam.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, pelbagai strategi dan hala tuju baharu kerajaan bagi jangka masa pendek, sederhana dan panjang dirangka sepanjang sesi permukiman itu.

Menurutnya, antara inti pati yang diberikan tumpuan dalam sesi permukiman berkenaan mencakupi aspek hala tuju dan cabaran ekonomi semasa, pembangunan keselamatan sosial, pembangunan polisi industri digital, keterjaminan makanan, pembaharuan sektor tenaga dan cabaran pendidikan negara.

“Berbeza dengan permukiman sebelum ini, kali ini melibatkan sesi percambahan minda dalam kumpulan dalam membangunkan pelan tindakan secara bersepadu dan menyeluruh. 

“Saya percaya permukiman kali ini mampu merealisasikan agenda Malaysia Madani di bawah kepimpinan Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berbeza dengan permukiman sebelum ini, kali ini melibatkan sesi percambahan minda dalam kumpulan dalam membangunkan pelan tindakan secara bersepadu dan menyeluruh. – Gambar Facebook Tan Sri Mohd Zuki Ali, 19 Januari, 2024

Pemukiman Perdana Menteri bersama 31 barisan anggota Jemaah Menteri berlangsung selama dua hari bermula Rabu lepas di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan membuat penilaian untuk membaiki setiap ruang yang ada termasuk membabitkan soal pendidikan, digital dan teknologi dalam perkhidmatan bagi mengangkat martabat serta keupayaan negara supaya menjadi lebih hebat.

Katanya, penilaian itu dilakukan semasa program permukiman dua hari berkenaan berdasarkan input sektor swasta, penyelidik, ilmuwan dan pakar antarabangsa, selain pandangan serta cadangan Jemaah Menteri pada sesi itu.

Sesi permukiman pertama Perdana Menteri bersama Jemaah Menteri yang berlangsung di Putrajaya,  Januari tahun lepas antara lain membincangkan soal hala tuju dan penetapan petunjuk prestasi utama setiap kementerian dalam Kerajaan Perpaduan. – 19 Januari, 2024

Topics

Hangat

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Daim, Na’imah and family take Anwar, MACC to court over seized bank accounts

In court documents, they allege PM exerted influence on graft busters for his ‘personal agenda’ against them

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Related