KPM perlu teliti semula iDMe, aduan diterima dapati guru amat tertekan: NUTP

Banyak aduan diterima iDMe seolah-olah tidak berfungsi walaupun ada dalam kalangan guru menggunakan internet berkelajuan tinggi

3:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mahu Kementerian Pendidikan (KPM) meneliti semula penggunaan Sistem Pengurusan Identiti (iDMe) dengan melaksanakan ujian terlebih dahulu sebelum mengeluarkan arahan penggunaannya kepada guru.

Setiausaha Agungnya, Fouzi Singon berkata, ini berikutan banyak aduan diterima berhubung sistem tersebut yang seolah-olah seperti tidak berfungsi walaupun ada dalam kalangan guru menggunakan internet berkelajuan tinggi (500 Mbps).

Menurutnya, terdapat guru yang mengadu berjaya masuk ke sistem tersebut tetapi markah dikunci masuk hilang kerana gagal disimpan secara automatik, mengakibatkan mereka terpaksa memulakan semula langkah dari awal.

“Mereka terpaksa kunci masuk dari awal sehingga berjaya mengisi sepenuhnya. Ia amat membebankan kerana menggunakan masa lama dalam melaksanakan tugasan yang tidak produktif langsung.

“NUTP mendapati setiap aduan yang diterima rata-rata merungut sistem tersebut seolah-olah masih berada di peringkat uji lari walaupun sudah beberapa tahun diperkenalkan. Masalah isu yang dihadapi tetap sama, tiada sebarang perubahan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

NUTP menerima banyak aduan berhubung Sistem Pengurusan Identiti yang seolah-olah seperti tidak berfungsi walaupun ada dalam kalangan guru menggunakan internet berkelajuan tinggi. – Gambar tangkap layar, 18 Januari, 2024

Menurutnya, keluhan daripada warga pendidik menerusi media sosial dan berdasarkan aduan diterima mendapati guru amat tertekan.

“Guru yang cuba masuk ke sistem tersebut menjadi stres kerana tidak berjaya apabila sentiasa loading. Ada dalam kalangan mereka terpaksa masuk ke sistem tersebut pada jam 12 tengah malam dan berlarutan sehingga jam 2 pagi.

“Ada juga dalam kalangan mereka terpaksa berulang kali melayari sistem tersebut dan jika berjaya serta mengambil masa yang terlalu lama untuk mengisi data bagi seorang murid,” katanya.

Fouzi berkata, selain tidak mesra pengguna, masa pengisian dalam sistem itu terlalu pendek tetapi data yang perlu dimasukkan terlalu banyak seperti BMI, Segak, PAJSK, PBD, UASA serta SSDM.

“Fungsi sistem ini juga sukar difahami selain sistem yang terlalu perlahan dan ibu bapa juga tidak boleh mengakses untuk melihat pencapaian anak-anak mereka.

“Guru turut mempersoalkan tindakan KPM menamatkan penggunaan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang lebih baik dan boleh digunakan guru dan ibu bapa,” katanya.

Jelas beliau, rata-rata guru memaklumkan mereka tiada masalah jika diarahkan mengisi data dalam mana-mana sistem tetapi berharap sistem yang digunakan bukan berada di peringkat uji lari.

“Sepatutnya Bahagian Pengurusan Maklumat KPM memastikan terlebih dahulu sistem tersebut berada dalam keadaan matang untuk digunakan.

“Sekiranya terdapat masalah, teknikal yang pakar harus menguruskan dan mengatasi masalah tersebut,” katanya.

Susulan itu, Fouzi berkata, Bahagian Pengurusan Maklumat KPM dicadangkan untuk mendapatkan khidmat nasihat pakar daripada Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU ) dan menubuhkan Task Force bagi mengkaji keseluruhan perisian.

Katanya, ia perlu dilakukan kerana KPM dilihat gagal dalam mengurus teknologi maklumat yang diperlukan seluruh warga pendidik dan pihak berkepentingan walaupun sudah mencuba sistem itu beberapa tahun.

“NUTP berharap perkara ini harus mendapat perhatian dan tindakan segera daripada Menteri Pendidikan (Fadhlina Sidek) dan pengurusan tertinggi KPM.

“Ia penting agar isu tekanan emosi warga pendidik dalam melaksanakan tugasan yang tidak produktif ini dapat dimuktamadkan dengan segera,” katanya.

Untuk rekod, iDME merupakan sistem dibangunkan KPM bagi membolehkan warga pendidik mengakses beberapa aplikasi yang ada.

Sistem tersebut boleh diakses secara tunggal melalui laman web iDMe.

Pada 11 Februari 2023, Fadhlina mengarahkan penggunaan sistem itu ditangguhkan sehari sebagai langkah membaik pulih sistem itu.

Tindakan penggantungan itu susulan gesaan NUTP supaya kerajaan segera mempertingkatkan capaian pelayan web dan mengurangkan laman sesawang khas yang digunakan guru di seluruh negara.

Presiden NUTP, Aminuddin Awang berkata, isu utama ketika ini adalah iDMe dan beberapa lagi sistem atau laman web diguna pakai guru, mengalami masalah capaian pelayan atau server yang begitu perlahan. – 18 Januari, 2024

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

It’s clearly ‘All In’ Hotel, not ‘Allah’: Perlis mufti urges Muslims to look before leaping

The “All In Hotel” signage does not resemble the word “Allah”, said Datuk Mohd Asri Zainul Abidin after a group complained about its name.

Related