Tindakan Sanusi fail notis usul hanya mahu lengahkan perbicaraan kes: Timbalan Pendakwa Raya

Ia susulan tarikh bicara sudah dipersetujui pihak pendakwaan dan pembelaan Sanusi sebelum ini

12:08 PM MYT

 

SELAYANG – Pihak pendakwaan Mahkamah Sesyen di sini, hari ini membantah tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memfailkan notis usul untuk menggantung perbicaraan kesnya.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud berkata, pemfailan notis usul pada 11 Januari lalu itu, jelas suatu tindakan yang difikirkan kemudian dan hanya berniat melengahkan perbicaraan kes.

Beliau berkata, ia susulan tarikh bicara sudah dipersetujui pihak pendakwaan dan pembelaan Sanusi sebelum ini.

“Sejak tertuduh (Muhammad Sanusi) didakwa di Mahkamah Sesyen pada 18 Julai 2023 hingga pemfailan notis usul pada 11 Januari 2024, tidak (ada) apa-apa permohonan untuk pemindahan kes difailkan tertuduh.

“Tempoh enam bulan berlalu tanpa apa-apa tindakan diambil oleh tertuduh. Pemfailan dibuat pada saat akhir setelah kes sudah menghampiri tarikh perbicaraan, jelas menunjukkan tindakan tertuduh yang sengaja mahu melengah-lengahkan perbicaraan.

“Ini tanpa sedikit pun rasa hormat kepada tarikh perbicaraan dipersetujui oleh kedua-dua pihak sebelum ini,” katanya.

Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) berdepan tuduhan menghasut menerusi ceramah politik berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan.

Beliau mengemukakan permohonan untuk memindahkan perbicaraan kes dihadapinya di Mahkamah Sesyen Selayang ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Menteri Besar Kedah itu juga meminta diberi kebenaran penggantungan perbicaraan di Mahkamah Sesyen hingga permohonan pemindahan kes diputuskan Mahkamah Tinggi.

Permohonan mengikut Seksyen 417 (1) (a), (b) dan (e) Kanun Acara Jenayah (KAJ) itu dikemukakannya, atas alasan satu perbicaraan berpatutan dan saksama tidak dapat dijalankan di mana-mana mahkamah rendah daripada Mahkamah Tinggi.

Perkara terbabit dinyatakan menerusi notis usul difailkan firma guaman, Tetuan Hasshahari & Partners di Mahkamah Tinggi, Isnin lalu.

Terdahulu, Mahkamah Sesyen menetapkan selama 12 hari, iaitu hari ini dan esok, selain 5, 8, 9, 12, 13, 15, 16, 19, 22, dan 23 Februari depan bagi perbicaraan kes Muhammad Sanusi.

Sanusi, 50, bagaimanapun tidak hadir bagi sebutan kes di mahkamah hari ini.

Selain itu, Masri berkata, kes berkenaan membabitkan Sanusi dengan statusnya sebagai ketua kerajaan negeri yang sememangnya mendapat perhatian umum di seluruh negara dan memerlukan untuk pendengaran disegerakan.

“Apatah lagi, kes ini menyentuh Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu di Malaysia.

“Justeru, tiada sebab yang munasabah untuk perbicaraan kes ini ditangguhkan di Mahkamah Sesyen,” katanya.

Sementara itu, peguam Sanusi, Awang Armadajaya Awang Mahmud berkata, permohonan notis usul dibuat selepas mengkaji dokumen diserahkan pihak pendakwaan.

“Dokumen itu antaranya berkaitan titah Sultan Selangor dan beberapa fakta kes yang bukan sebarangan kerana membabitkan menteri besar dan institusi diraja.

“Notis usul menyentuh teras keadilan supaya Mahkamah Tinggi dapat menjalankan prosiding bebas dengan perkara yang boleh timbul nanti.

“Alasan kenapa permohonan dibuat bukan satu yang remeh, bersifat picisan dan bukan atas alasan lemah, tapi menyentuh kepada prinsip keadilan dalam sesuatu perbicaraan jenayah,” katanya.

Susulan itu, Hakim Mahkamah Sesyen, Nor Rajiah Mat Zin, menetapkan 2 Februari ini bagi keputusan permohonan pihak pendakwaan untuk menggantung prosiding perbicaraan berkenaan.

“Tertuduh (Muhammad Sanusi) dikecualikan kehadiran pada tarikh berkenaan, manakala ada tambahan tarikh bicara pada 11, 15 dan 18 Mac.

“Bicara pada 12 Februari pula dilapangkan kerana cuti umum ganti bagi Tahun Baru Cina,” katanya. – 18 Januari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Rape allegations at centre of preacher Zamri Vinoth’s defamation trial

Witness for defence claims in her testimony that preacher had raped her at his Rahang home in 2018

Related