Pekerja asing dibenar tukar majikan, penuhi keperluan sektor – Saifuddin

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Bersama Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing hari ini

7:36 PM MYT

 

PUTRAJAYA — Kerajaan membenarkan pekerja asing bertukar majikan bagi mengisi keperluan dalam sektor tertentu yang memerlukan ramai pekerja seperti perladangan dan pertanian.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Bersama Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing hari ini.

Beliau berkata, pertukaran itu merentasi industri yang mana pekerja dibenarkan bekerja di industri lain sekiranya sektor sepatutnya sudah penuh.

Saifuddin berkata, beliau telah bertemu Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani pagi tadi bagi mendapatkan gambaran tepat berhubung isu kekurangan pekerja di sektor perladangan.

“Itu kaedah kita guna pakai, majikan dah bawa kemudian dia tak boleh adakan pekerjaan, pilihan untuk penghantaran pulang tak boleh, the moment kita hantar then dia dah masuk kategori buruh paksa dan segala macam, itu akan beri kesan kepada rating kita.

“Jawatankuasa dalam dua mesyuarat terdahulu juga sudah membentangkan kertas mengenai perkara ini yang mana proses pertukaran majikan boleh dibuat.

“Majikan dah bawa masuk dan terang-terang dia tak boleh sediakan pekerjaan, jadi kita benarkan pertukaran majikan dibuat membabitkan pekerja,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri Dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing Kali Ke-10 di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.

Pekerja asing dibenarkan bertukar majikan dan bekerja di industri lain, terutama bidang perladangan serta pertanian jika sektor sepatutnya sudah penuh. – Gambar Scoop, 16 Januari, 2024

Sebelum ini, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilaporkan berkata, Malaysia memerlukan sehingga 80,000 pekerja bagi mengusahakan kira-kira 420 ribu hektar ladang pekebun kecil getah yang tidak ditoreh.

Sementara itu, Saifuddin berkata, mesyuarat turut bersetuju supaya tempoh permohonan membawa masuk pekerja asing ke negara ini dipendekkan daripada 29 bulan 13 hari kepada 15 bulan 23 hari.

“Amalan sebelum ini, kita dibentang carta alir, proses, kelulusan, temu duga agensi, bayar levi, surat kelulusan bersyarat, menunggu visa, pengeluaran visa semua itu memakan masa 29 bulan 3 hari daripada permohonan kuota hingga kemasukan pekerja.

“Hari ini keputusan mesyuarat setuju syor tempoh dipendekkan 15 bulan 23 hari, ini membabitkan pengurangan signifikan 46 peratus.

“Antaranya membabitkan bayaran levi, tempoh lama 30 hari bila teliti data majikan dapat kelulusan 70 peratus, bayar dalam tempoh 15 hari, masa dipendekkan 15 hari.

“Begitu juga pas lawatan kerja sementara (PLKS) sebelum ini 30 hari, hari ini satu hingga 15 hari,” katanya.

Beliau berkata, selain itu turut diputuskan ialah keputusan untuk meneliti semula memorandum persefahaman (MoU) dengan negara sumber.

“Ini untuk meneroka semula perjanjian dengan negara sumber seperti yuran, kos, syarat kontrak dan kesihatan. MoU itu bersifat dinamik bukan statik,” katanya. – 16 Januari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Hartalega Holdings falls prey to ransomware attack, internal systems down

According to an urgent notice sent out by its IT team to personnel in the Bursa-listed firm’s wholly-owned subsidiaries Hartalega NGC Sdn Bhd and Hartalega Sdn Bhd, a number of applications and softwares are currently inaccessible due to the attack.  

Related