Dakwa difitnah, Zakir Naik saman balas Ramasamy

Tuntutan balas terhadap bekas Adun DAP itu menumpukan tiga kenyataan didakwa fitnah dibuat pada 2019

6:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – ‘Drama pertarungan mahkamah’ antara pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik dan bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy mula hangat diperkatakan apabila beliau memfailkan tuntutan balas berhubung tiga kenyataan dikenakan ke atasnya yang didakwa sebagai fitnah yang dikeluarkan pada 2019.

Dalam tuntutan balas itu yang difailkannya melalui firma guaman Akberdin & Co, Zakir memohon beberapa tuntutan daripada Ramasamy kerana membayangkan beliau (Zakir), sebagai menyebarkan kebencian terhadap orang bukan Islam.

Tuntutan itu termasuk perintah mahkamah untuk memaksa bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP terbabit, menerbitkan permohonan maaf di laman Facebooknya serta lapan akhbar dan portal dalam talian.

Selain ganti rugi am, pampasan, teruk dan am yang tidak spesifik, Zakir juga memohon perintah injunksi bagi memaksa Ramasamy membuang dan mengelak daripada mengulangi ketiga-tiga kenyataan didakwanya memfitnah itu.

Tuntutan balas Zakir adalah kepada saman fitnah Ramasamy yang difailkan bulan lalu.

Zakir menegaskan penerbitan ketiga-tiga kenyataan itu, menyebabkan beliau mengalami perasaan malu, tekanan mental, trauma dan terganggu, selain mendedahkannya kepada bahaya dengan menggalakkan kemarahan orang ramai terhadapnya.

Satu daripada kenyataan dipersoalkannya itu adalah pendapat yang diterbitkan sebuah laman berita dalam talian bertarikh 12 Ogos 2019 bertajuk ‘Zakir Naik harus menghentikan permainan kebenciannya terhadap orang bukan Islam di Malaysia’.

Dua lagi kenyataan disiarkan di laman Facebook Ramasamy pada 20 dan 21 Ogos tahun sama.

Ketiga-tiga kenyataan disebut Zakir dalam tuntutan balasnya itu, adalah berbeza daripada saman fitnah yang dikemukakannya terhadap Ramasamy pada 2019 berhubung empat kenyataan fitnah dan berniat jahat.

Ramasamy tewas dalam pertarungan undang-undang itu dan mahkamah memerintahkannya membayar RM1.52 juta kepada Zakir pada November tahun lalu, selepas mahkamah mendapati bekas Adun Perai terbabit, tidak dapat membuktikan kebenaran atau menjelaskan secara jelas mengenai tindakannya membuat kenyataan penerbitan tidak senonohnya, termasuk menggelar Zakir sebagai ‘syaitan’.

Dalam saman Ramasamy yang difailkan bulan lalu, Zakir dituduh memfitnah dengan melabelkan pemimpin terbabit sebagai ‘musuh terbesar Islam’.

Sementara itu, dalam pernyataan pembelaan difailkan pada masa sama sebagai tuntutan balasnya terhadap saman Ramasamy, Zakir berhujah bahawa individu terbabit sengaja ‘menyasarkan’ beliau sebagai sebahagian daripada ‘agenda’ untuk mencemarkan kredibilitinya sebagai ulama dan tokoh agama yang memiliki reputasi baik.

“Plaintif (Ramasamy) adalah seorang individu yang cuba menyesatkan minda rakyat atas nama penderitaan dihadapi masyarakat India, yang didakwa sebagai miskin dan diskriminasi terhadap minoriti di Malaysia, selain kesukaran didepani Hindu yang didakwa oleh defendan semasa ceramahnya (yang dinafikan),” katanya.

Zakir juga mendakwa, Ramasamy menggunakan ‘fitnah’ dan kritikan tidak adil untuk mendapatkan populariti dalam kalangan pengikutnya.

“Ini adalah modus operandi (Ramasamy) dalam memfitnah (Zakir), seperti pernah dilakukannya sebelum ini,” katanya menerusi kenyataan pembelaan yang turut mendakwa bahawa Ramasamy adalah ‘Islamofobia’ dan ‘mencari perhatian secara murahan’.

Zakir juga berpendapat bahawa frasa ‘musuh terbesar Islam’ tidak membawa sebarang fitnah terlalu ‘menyakitkan’ Ramasamy kerana reputasi pemimpin itu sememangnya sudah ‘tercemar’ susulan keputusan Mahkamah Tinggi tahun lalu yang memihak kepada saman fitnah Zakir.

“Oleh itu, tindakan ini bukanlah satu situasi di mana plaintif datang dengan tangan bersih,” katanya. – 16 Januari, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Leaders bicker while Indians suffer, Santiago slams fellow politicians

Veteran DAP man says angry politicians uncaring for the plight of Indians are the reason why some problems remain unresolved over decades

Related