Bongkar sindiket pemerdagangan manusia, permit pekerja asing dan judi atas talian antara fokus SPRM 2024

Bagi sektor perolehan awam, tumpuan adalah membendung amalan rasuah dan ketirisan dalam sistem perolehan

3:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pembongkaran sindiket pemerdagangan manusia, permit pekerja asing, permohonan kewarganegaraan, perlesenan, percukaian, Macau Scam, perjudian atas talian serta jenayah rasuah melibatkan penguatkuasa di pintu sempadan negara merupakan antara fokus Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, ia merupakan antara hala tuju dan strategi utama sektor Operasi dan Pencegahan 2024 untuk memerangi rasuah dalam perolehan awam, penguatkuasaan undang-undang serta rasuah berskala besar.

Bagi sektor perolehan awam, tumpuan adalah membendung amalan rasuah dan ketirisan dalam sistem perolehan dengan memastikan ia dilaksanakan mengikut undang-undang serta peraturan.

“Ia termasuk memerangi kegiatan monopoli projek (kartel), projek terbengkalai atau projek sakit yang melibatkan kerugian besar kepada kerajaan.

“Bagi sektor dana awam dan peruntukan khas kerajaan, tumpuan adalah kes yang menyebabkan ketirisan dan menjejaskan polisi, seperti agihan dana awam atau peruntukan kepada kumpulan sasar seperti Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Skim Keselamatan Sosial Pekerja (Perkeso), Skim Bantuan Subsidi Baja, Skim Pinjaman Tekun Nasional, Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin),” katanya.

Azam berkata demikian dalam Majlis Penyampaian Amanat Ketua Pesuruhjaya dan Perhimpunan Bulanan SPRM di Putrajaya, hari ini.

Beliau turut menekankan agensi tersebut akan menumpukan kepada pembongkaran kes berkaitan kutipan hasil kerajaan dan pengelakan cukai yang menyebabkan ketirisan serta kerugian kepada kerajaan.

“Selari dengan penetapan bidang tumpuan, semua perancangan dan tindakan operasi siasatan hendaklah diperkemas dan diselarikan dengan perancangan dan tindakan di sektor pencegahan.

“SPRM kekal mengaplikasikan strategi serampang 3 mata dalam penunaian fungsinya iaitu melalui pendekatan penguatkuasaan, pencegahan dan pendidikan masyarakat selaras dengan fungsi pegawai SPRM di bawah peruntukan Seksyen 7 Akta SPRM 2009 [Akta 694].

“Strategi adalah berpandukan Pelan Strategik SPRM 2021-2025 yang bersifat holistik dalam memacu negara ke arah bebas rasuah melalui pemerkasaan penguatkuasaan yang berkesan, pencegahan rasuah yang menyeluruh dan pembudayaan integriti bagi memastikan SPRM kekal efektif,” katanya. – 16 Januari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

‘Johor doesn’t belong to Malaysia, treat us like a partner,’ TMJ tells Putrajaya

Regent urges federal government to let state keep 20% to 30% of its tax revenue for own development

Related