Bukit Aman rekod keterangan Koo Ham: Shuhaily

Setakat ini sebanyak 70 laporan polis berkaitan isu terbabit dibuat dan siasatan masih berjalan

2:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keterangan Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham sudah dirakam Bukit Aman bagi membantu siasatan membabitkan kes campur tangan dalam hal ehwal Islam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika dihubungi Scoop mengesahkannya dengan memaklumkan keterangan ahli Parlimen DAP itu diambil bersama 66 individu lain.

Beliau bagaimanapun enggan memperincikan tarikh keterangan berkenaan diambil.

“Ahli Parlimen Beruas itu satu-satunya yang disiasat tanpa membabitkan individu lain kecuali saksi yang ada kaitan dalam kes berkenaan.

“Seramai 66 saksi sudah dirakam keterangan, termasuk pengadu yang membuat laporan polis dan media yang menyiarkan berita isu itu. 

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya hari ini.

Beliau berkata, setakat ini sebanyak 70 laporan polis berkaitan isu terbabit dibuat dan siasatan masih berjalan.

Pada 4 Januari lalu, Mohd Shuhaily mengesahkan polis membuka dua kertas siasatan dan menyiasat dua individu yang mengeluarkan kenyataan sensitif, selain dakwaan campur tangan dalam isu membabitkan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

Sebelum ini, Koo Ham mencadangkan supaya kerajaan melantik pakar daripada orang bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggubal undang-undang Islam.

Namun, Ahli Parlimen itu menarik balik cadangan berkenaan, dengan dilapor berkata, beliau tidak berniat masuk campur dalam hal ehwal Islam dengan membuat syor terbabit.

Ia mendapat teguran keras Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang bertitah mengingatkan rakyat khususnya yang bukan beragama Islam, agar menghormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal Islam di negara ini. – 16 Januari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

The silent punch heard around the country – Terence Fernandez

The assault of deaf e-hailing driver raises the question if we are a nation divided by class

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related