KUALA LUMPUR — Seorang lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik ketika sedang membaik pulih kerja-kerja pendawaian di atas bot, di Kampung Pantai Seberang Marang, Marang, Terengganu, pagi tadi.
Dalam kejadian pada pukul 9.15 pagi itu, mangsa, seorang lelaki dewasa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia memaklumkan, sebaik menerima panggilan, pasukan bomba diketua oleh Komander Operasi, Mohd Noor Abd Rahman telah bergegas ke tempat kejadian.
“Bagaimanapun mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh petugas Kesihatan,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Bomba, mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. – 16 Januari, 2024