Program pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia diperluas ke 10 lokaliti baharu

Kos operasi program itu membabitkan peruntukan sebanyak RM4 juta setahun

7:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Denggi Bilangan hari ini memutuskan program pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia diperluas ke 10 lokaliti baharu sebagai usaha pencegahan dan kawalan penyakit itu di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, operasi program itu membabitkan peruntukan sebanyak RM4 juta setahun.

Menurutnya, sebelum ini, program itu dilaksanakan di 32 lokaliti di tujuh negeri bermula sejak 2019.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 19 lokaliti sudah lengkap dua tahun enam minggu.

“Penilaian keberkesanan menunjukkan penurunan kes denggi 45 peratus hingga 100 peratus berbanding sebelum pelepasan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zahid berkata, Jawatankuasa Kabinet juga mencadangkan penglibatan pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan menjadikan pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia sebagai Projek Angkat oleh pihak terbabit.

“Aktiviti gotong-royong secara berjadual di premis seliaan kementerian, jabatan dan agensi dijadikan agenda tetap dalam Jawatankuasa Tindakan Pembangunan peringkat daerah dan negeri.

“Selain itu, kempen dan gotong royong secara besar-besaran melibatkan pelbagai agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan, pemimpin setempat dan masyarakat akan dilaksanakan pada tahun ini,” katanya.

Jelas beliau, satu kertas Memorandum Jemaah Menteri (MJM) akan dikemukakan dalam tempoh dua dua minggu yang menggariskan langkah-langkah menangani denggi untuk persetujuaan Jemaah Menteri.

“Diharapkan dengan keputusan yang diambil ini dapat meningkatkan pelaksanaan langkah-langkah kawalan dan pencegahan denggi sebelum ia menjadi lebih serius.

“Saya menyeru semua rakyat mengambil cakna mengenai masalah denggi dan sentiasa memastikan persekitaran tempat tinggal bebas dari tempat pembiakan nyamuk Aedes,” katanya. – 15 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related