Cekik darah! Wanita kecewa makan nasi putih, ayam goreng kunyit dicaj RM23

Kejadian difahamkan berlaku ketika mangsa bercuti di Langkawi baru-baru ini

3:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang melancong ke Langkawi tidak berpuas hati apabila perlu membayar harga makanan yang mahal ketika makan di sebuah gerai di Pantai Cenang, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, Hada Jais mendakwa dia perlu membayar harga tidak masuk akal untuk hidangan ayam goreng kunyit dan nasi putih beserta air kosong.

Berdasarkan gambar resit yang turut dimuatnaiknya dalam perkongsian itu, kesemua makanan dan air kosong itu berharga RM24.

“Nasi putih RM3. Ayam goreng kunyit macam tu je untuk seorang makan, RM20. Ais kosong pula RM1. Naya kena (jumlah) RM24.

“Jangan kecam… nak kecam pun ikut suka hampa (anda) la. Saya post sini sebab rasa tak puas hati dengan harga ayam goreng kunyit dia,” katanya.

Dikenakan harga cekik darah, wanita tersebut turut mengaitkan situasi dilaluinya itu dengan rugutan pelancong yang datang ke pulau peranginan popular itu.

Pada masa sama, dia menegaskan hantaran dibuat bagi mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam memilih kedai makanan ketika berkunjung ke Langkawi.

“Patutlah orang luar kata Langkawi mahal. Hampa rasa berbaloi ke kena harga macam ni?

“Tu gambar kedai saya dah ambil gambar tengoklah dekat mana kawasan Cenang. Jangan hampa terkena sudah,” katanya lagi.

Hantaran tular yang dikongsikan dalam grup Langkawi Sana Sini itu mendapat pelbagai respons dalam kalangan netizen.

Rata-rata netizen mengecam harga hidangan tersebut yang didakwa agak keterlaluan.

“Tudia, harga ayam seekor,” kata Sha Sha.

“Ayam import tu. Langkawi tak bela ayam. Cenang kawasan bukan macam dulu sepanjang jalan tu tunggu nak ‘rompak’ je. Pelancong Arab dan mat salih je,” kata Alias Kamal.

“Baru pergi hari tu. Memang betul pun harga makanan kat Cenang tu cam tak masuk akal. Sepinggan dekat RM20. Kita jual makanan juga, taulah harga kos,” kata Shiha Al Bukhary.

Malah ada juga netizen berkata, dia dapat menikmati pencuci mulut, Bingsu Melon pada harga 159 Baht (RM21.25) ketika melancong di Hat Yai, Thailand, jauh lebih murah berbanding harga makanan dinikmati wanita terbabit.

“Di Langkawi RM24 dapat nasi ayam kunyit dan air kosong. Di Hat Yai, Thailand RM20 dapat bingsu siap berasap-asap lagi presentation,” katanya. – 15 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Related