[KEMAS KINI] Seorang lelaki ditembak mati di Puchong Prima 3

7:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki mati ditembak dalam satu kejadian di Jalan Puchong Prima 3, kira-kira 3 petang ini.

Ia disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

“Saya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kes ini dalam masa terdekat,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, bunyi tembakan di Jalan Puchong Prima 3 itu telah menggemparkan penduduk di kawasan sekitar.

Klip video berdurasi 39 saat mengenai tembakan itu kini tular di media sosial.

Ketika ini, beberapa kenderaan polis kelihatan di tempat kejadian dengan kawasan tersebut telah ditutup dengan garisan kuning bagi menghalang orang ramai menghampirinya.

Pasukan forensik tiba pada 5.30 petang bagi mengumpul bahan bukti di dalam sebuah kereta berkait kes tersebut.

Kenderaan polis juga dilihat memasuki kawasan itu untuk membawa keluar mangsa pada 6.15 petang. – 14 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related