Lagi kes kereta baru beli bermasalah, ‘ada bunyi kuat seperti sedang menunggang motosikal’

Sehingga hari ini, pihak Honda Malaysia masih belum memaklumkan punca masalah kenderaan terbabit

5:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Belumpun sampai sebulan digunakan tetapi seorang pemuda mendakwa kereta jenis Honda CRV dibeli bapanya bulan lalu sudah menghadapi masalah.

Menerusi perkongsian Ahmad Shah di Facebooknya, ketika bapanya memandu kereta tersebut yang baharu sahaja keluar dari bilik pameran, kedengaran bunyi bising yang kuat seperti sedang menunggang motosikal datang dari kenderaan terbabit.

Namun, katanya, bunyi itu akan hilang apabila kenderaan berkenaan berhenti.

“Pada mulanya, ayah anggap mungkin disebabkan keadaan jalan yang tidak berapa baik. Namun, kemudiannya dia mendapati bunyi yang sangat kuat itu datang daripada kereta tersebut.

“Bunyinya seakan sedang menunggang motosikal tapi hilang apabila kereta berhenti. Ia akan mengeluarkan bunyi yang sangat kuat apabila kereta sedang bergerak saja,” katanya.

Susulan itu, Ahmad berkata, bapanya menghantar semula kereta tersebut ke cawangan Peringgit untuk pemeriksaan.

Namun katanya, pihak terbabit hanya menukar tombol atau kunci pintu tapi kereta masih mengeluarkan bunyi yang sama.

Jelas Ahmad lagi, pada pemeriksaan kedua pula, pandu uji kereta tersebut dilakukan dan kakitangan cawangan terbabit mengesahkan ada bunyi tidak normal semasa memandu.

“Pengurus cawangan tersebut juga mengesahkan ada bunyi tidak normal. Mereka maklumkan bahawa kereta tersebut akan dihantar ke pusat servis utama iaitu Honda Malaysia.

“Ini kerana kata mereka cawangan Peringgit tidak dapat membuat apa-apa tanpa pemeriksaan lebih teliti daripada Honda Malaysia,” katanya.

Bagaimanapun Ahmad mendakwa, sehingga hari ini tiada maklum balas daripada pihak Honda Malaysia mengenai status kereta terbabit.

“Maka ayah menghubungi semula pengurus cawangan Peringgit yang memaklumkan sentiasa cuba mendapatkan maklum balas dan perkembangan dari Honda Malaysia, namun setakat ini masih tidak diketahui apa puncanya.

“Agak pelik kerana kereta itu belum cecah sebulan lagi usianya, namun tempoh jaminan seperti sudah tamat berpuluh tahun. Kemudiannya, ayah berhubung pula dengan Ketua Perkhidmatan Pelanggan Honda Malaysia.

“Seperti satu perlawanan ping-pong, dia maklumkan kes ini akan dirujuk semula dan diselesaikan pihak cawangan Peringgit. Rupa-rupanya mengikut laporan dibuat, tidak langsung dinyatakan bunyi pelik tersebut, sebaliknya ada isu tayar sahaja,” katanya.

Ahmad mendakwa, bapanya menghubungi cawangan Peringgit dan terkejut apabila dimaklumkan kes tersebut ditutup tanpa siasatan lanjut dilakukan.

“Pengurus cawangan Peringgit kata dia sedang berusaha untuk mendapatkan maklum balas dari Honda. Sekarang ayah ada berhubung dengan orang lain dari satu jabatan di sana, yang memaklumkan dia memahami situasi ayah dan memohon maaf atas kesulitan.

“Sehingga sekarang ayah saya tidak tahu apa yang berlaku dan apa status kereta tersebut kerana masih tiada jalan penyelesaian,” katanya.

Tambahnya, dia terpaksa menggunakan media sosial agar isu tersebut dapat diselesaikan secara adil.

Baru-baru ini, seorang wanita mendakwa kenderaan baharu jenis Honda miliknya mengalami masalah dan ‘tersadai’ di pusat servis hanya kira-kira 14 hari selepas digunakan.

Katanya, perasaan gembira menerima kenderaan itu pada akhir Ogos lalu, iaitu selepas lapan bulan menunggu, bertukar sedih dan kecewa sebaik sahaja ia dihantar ke pusat servis di negeri Pantai Timur untuk operasi perbatuan 1,000 kilometer (km).

Scoop sedang cuba menghubungi Honda Malaysia untuk mendapatkan maklum balas mengenai perkara itu. – 14 Januari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

The silent punch heard around the country – Terence Fernandez

The assault of deaf e-hailing driver raises the question if we are a nation divided by class

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related