Ketua polis balai tengking, tampar, tarik rambut lelaki dipindahkan ke IPD Batu Pahat

Diletakkan ke unit dengan tugas yang tidak melibatkan orang awam

12:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua polis balai yang didakwa menengking, menampar dan menarik rambut seorang lelaki di tempat awam di sebuah lokasi di Johor telah dipindahkan ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat sementara menunggu siasatan lanjut.

Ketika dihubungi Scoop, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pegawai polis itu diletakkan di bawah unit dengan tugas yang tidak melibatkan orang awam.

“Ya kita sedang siasat secara menyeluruh. Kita sudah pindahkan pegawai itu ke IPD Batu Pahat untuk tugas yang tidak melibatkan orang awam,” katanya ringkas.

Ketika ditanya mengenai motif kejadian selain mangsa, beliau berkata, semuanya itu masih dalam siasatan.

Semalam Scoop melaporkan pengesahan Kamarul Zaman mengenai individu terbabit yang merupakan seorang ketua polis balai.

Malah beliau juga mengesahkan mangsa dalam kejadian itu bukannya remaja seperti ditularkan orang awam sebaliknya lelaki dewasa.

Kejadian berkenaan telah dirakamkan dan dimuat naik ke media sosial menerusi klip video berdurasi 37 saat.

Klip video itu turut menamakan balai polis dipercayai di Sri Gading dan nama pegawai yang didakwa terlibat dalam kejadian terbabit.

Dalam klip itu, individu berkenaan jelas bertindak menengking dan menampar mangsa dan tidak diketahui apa yang berlaku sebenarnya. – 14 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

Sarawak gas feud in the works? Petros takes Petronas to court over licence dispute

RM7.95 mil clash puts both companies at legal odds over gas supply contract 

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

Related