Mangsa banjir di Johor berkurang, Pahang tiada perubahan pagi ini: Nadma

Jumlah itu meliputi 1,141 orang daripada 326 keluarga yang berlindung di 13 PPS di lima daerah di Johor dan 719 orang daripada 215 keluarga di lima PPS di Pahang

9:13 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir di Johor terus mencatatkan pengurangan manakala Pahang tidak menunjukkan perubahan pagi ini membabitkan 1,860 mangsa yang berlindung di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 1,869 mangsa malam, semalam.

Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), jumlah itu meliputi 1,141 orang daripada 326 keluarga yang berlindung di 13 PPS di lima daerah di Johor dan 719 orang daripada 215 keluarga di lima PPS di Pahang.

Di Johor, seramai 611 mangsa masih berlindung di empat PPS di Mersing, 255 mangsa di empat PPS di Kota Tinggi, 155 mangsa di dua PPS di Kluang, 88 mangsa di dua PPS di Segamat dan 32 mangsa di sebuah PPS di Batu Pahat.

Di Pahang pula, seramai 573 mangsa direkodkan masih berada di tiga PPS di Pekan manakala 146 mangsa berada di dua PPS di Rompin.

Tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati beberapa sungai di Johor, Pahang, Perak, Perlis dan Terengganu berada pada paras bahaya pagi ini.

Di Johor, sungai terlibat adalah Sungai Johor di Kota Tinggi, Sungai Muar di Segamat, Sungai Endau di Kluang dan Sungai Jemaluang di Mersing manakala di Pahang pula melibatkan Sungai Pahang di Pekan, Bera dan Maran serta Sungai Rompin.

Turut tersenarai Sungai Perak di Hulu Perak, Sungai Arau di Perlis, dan Terengganu (Sungai Terengganu di Kuala Terengganu).

Nadma turut memaklumkan terdapat 47 jalan ditutup akibat bencana banjir, jambatan rosak dan tanah runtuh antaranya Jalan Petri Jaya di Kota Tinggi, Johor; Jalan Pahang Tua-Ganchong-Pulau Manis di Pekan, Pahang dan Jalan Bukit Besi-Dungun di Dungun, Terengganu.

Selain itu, Nadma memaklumkan seramai 47 orang daripada 12 keluarga masih berlindung di sebuah PPS di Tawau, Sabah manakala 38 mangsa daripada 12 keluarga pula ditempatkan di sebuah PPS di Kuching, Sarawak ekoran insiden kebakaran. – 14 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related