Israel dakwa kes jenayah kekejaman zionis difailkan Afrika Selatan tidak berasas, fitnah

ICJ akan umum keputusan hujah kedua-dua negara pada sidang umum yang akan diumumkan kelak

9:29 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Biarpun berpuluh ribu rakyat Palestin di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terkorban dengan tindakan kejam zionis, ia bagaikan ‘halal’ bagi Israel apabila menafikan dakwaan melakukan jenayah tersebut.

Aljazeera melaporkan, penafian Israel itu dibuat ketika hari kedua pendengaran kes jenayah pembunuhan beramai-ramai (genosid) yang difailkan Afrika Selatan terhadap kekejaman zionis itu di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), The Hague, Belanda semalam.

Malah wakil peguam Israel mendakwa, kes yang dibawa oleh Afrika Selatan itu adalah tidak berasas, tidak masuk akal dan fitnah semata-mata.

Israel juga berkata, mereka bukannya ‘melakukan jenayah kemanusiaan’ tetapi semua tindakan ketenteraan adalah bagi melindungi rakyatnya.

Kelmarin, ICJ memulakan pendengaran kes difailkan Afrika Selatan dengan menuduh Israel melakukan genosid (pembunuhan beramai-ramai) ke atas penduduk Palestin di Gaza.

Keadaan kemusnahan yang berlaku di Gaza sejak dibedil oleh rejim Israel pada 7 Oktober, 2023, di mana angka korban setakat ini sudah melepasi 23,000 orang. – Gambar ihsan UNRWA, 13 Januari, 2024

Perang yang sudah berlanjutan selama tiga bulan ini menyebabkan lebih 23,000 rakyat Palestin terkorban, kata peguam kepada mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.

Menurut PBB, kebanyakan penduduk Gaza yang berjumlah 2.3 juta telah kehilangan tempat tinggal dan rejim zionis melakukan pelbagai sekatan termasuk bantuan bekalan makanan, bahan bakar dan ubat-ubatan yang menyebabkan ‘malapetaka’ kemanusiaan.

Melalui kes yang difailkan Afrika Selatan di ICJ, negara itu berhujah bahawa Israel melanggar konvensyen genosid 1948, konvensyen ditubuhkan selepas peristiwa Holocaust, yang menetapkan semua negara perlu mengelak daripada mengulangi jenayah tersebut.

Negara itu memfailkan dokumen setebal 84 muka surat kepada ICJ dengan memperincikan tindakan zionis terhadap genosid di Gaza.

Christopher Staker, seorang peguam yang mewakili Israel berkata: “Kematian yang tidak dapat dielakkan dan penderitaan manusia dalam sebarang konflik bukanlah satu corak tingkah laku yang secara munasabah menunjukkan niat genosid”.

Menurut PBB, kebanyakan penduduk Gaza telah kehilangan tempat tinggal dan rejim zionis melakukan pelbagai sekatan termasuk bantuan bekalan makanan, bahan bakar dan ubat-ubatan yang menyebabkan ‘malapetaka’ kemanusiaan. – Gambar Agensi Berita WAFA, 13 Januari, 2024

Malcolm Shaw, seorang profesor undang-undang antarabangsa yang mewakili Israel pula berkata, pembuktian Afrika Selatan bagi menunjukkan Israel telah melakukan Genosid adalah tidak cukup.

Terdahulu ICJ dalam kenyataannya memaklumkan, mahkamah antarabangsa itu kini memulakan perbincangan bagi meneliti hujah Afrika Selatan dan Israel.

Menurutnya, keputusan mahkamah akan dimaklumkan pada sidang umum yang tarikhnya akan diumumkan dalam masa terdekat.

Delegasi Afrika Selatan diketuai Vusimuzi Madonsela iaitu Duta Besar Afrika Selatan ke Belanda serta Cornelius Scholtz (Penasihat Undang-Undang Kedutaan), manakala Israel diwakili Timbalan Peguam Negara (Undang-Undang Antarabangsa), Kementerian Kehakiman Israel, Gilad Noam; Penasihat Undang-Undang, Kementerian Luar Negeri Israel, Tal Becker dan Timbalan Penasihat Undang-Undang, Kementerian Luar Negeri Israel, Tamar Kaplan Tourgeman. – 13 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related