Firma Jepun tarik diri daripada projek HSR KL-Singapura: Kerajaan akan buat pertimbangan sewajarnya

Firma Jepun dikatakan telah menarik diri daripada projek HSR KL-Singapura atas alasan terlalu berisiko untuk meneruskannya tanpa jaminan kewangan pihak kerajaan Malaysia

4:14 PM MYT

 

KAJANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya perlu membuat pertimbangan terlebih dahulu terhadap laporan yang diterima berhubung keputusan firma Jepun menarik diri daripada projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, sebelum mengambil langkah seterusnya.

Anwar memberitahu media hari ini bahawa beliau baru menerima laporan mengenai perkara itu, pagi ini.

“Saya baru menerima laporan itu pagi ini, saya akan melihatnya,” katanya selepas makan tengah hari dan solat Jumaat di Desa Pinggiran Putra di sini.

Menurut laporan Kyodo News, firma Jepun telah menarik diri daripada projek HSR KL-Singapura atas alasan terlalu berisiko untuk meneruskannya tanpa jaminan kewangan pihak kerajaan Malaysia.

Firma-firma itu, termasuk East Japan Railway Co., telah menarik diri seminggu awal daripada tarikh akhir untuk syarikat yang berminat membuat pembidaan sebelum 15 Januari ini, dengan prosesnya telah dimulakan kerajaan pada Julai tahun lalu.

Projek itu dikatakan menelan belanja sekitar RM100 bilion, tetapi kerajaan berhasrat untuk memberi laluan kepada pembiayaan kewangan, berbanding menyediakan jaminan atau memanjangkan jaminan hutang.

Malaysia dan Singapura sebelum ini memeterai perjanjian awal pada 2013, yang akan merangkumi pembinaan laluan HSR sejauh 350 kilometer, yang mampu memendekkan jarak perjalanan antara kedua-dua bandar raya tersebut kepada 90 minit, berbanding empat jam perjalanan menggunakan kereta.

Pada 2021, Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin membatalkan projek tersebut susulan beban kewangan yang dihadapi kerajaan.

Sementara itu, Anwar ketika mengulas mengenai dokumentari kontroversi Man on the Run berkata, beliau menyerahkan pihak berkuasa berkenaan untuk ‘melakukan tugas mereka’.

“Ia hanya dokumentari, biar mereka (pihak berkuasa berkaitan) pertimbangkan,” katanyas.

Pagi ini, peguam utama Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dilaporkan menghantar surat kepada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, menggesa dokumentari 1Malaysia Development Berhad (1MBD) dikeluarkan daripada platform penstriman dalam talian Netflix.

Surat itu dihantar semalam kepada Fahmi; Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Ketua Pegawai Kawal Selia MCMC, Datuk Zulkarnain Mohd Yasin.

Sesalinan surat terbabit turut dihantar kepada Timbalan Pendaftar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur; Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh dan pihak pendakwaan di Jabatan Peguam Negara.

Shafee, dalam surat yang dilihat Scoop, turut menggesa Kementerian Komunikasi dan MCMC mengambil tindakan terhadap pengarah, Cassius Michael Kim dan kru produksi dengan peruntukan di bawah Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – 12 Januari, 2024

Topics

Hangat

Islam larang tegur raja, pemerintah tanpa adab, taat setia bukan perkara main-main: Mimbar

Taat setia kepada raja, pemerintah, pemimpin dan ketua harus ditunjukkan sebaik mungkin, malah bukan perkara main-main yang boleh dipandang sebelah mata.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Private sector in the dark over govt’s drug decriminalisation plans, say experts

Health professionals urge broader engagement with relevant stakeholders ahead of reforms to decriminalise drug use to ensure effective implementation of initiative

Related