Dua beradik calar, cabut lambang kereta Hakim Mahkamah Persekutuan diberkas

Siasatan mendapati suspek sengaja mencuri lambang berkenaan kerana menyerupai nama abangnya dan dijadikan hadiah hari lahir

2:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua adik-beradik yang bertindak mencalarkan kereta rasmi Hakim Mahkamah Persekutuan dan mematahkan lambang kenderaan itu dalam kejadian pada Isnin lalu, sudah diberkas polis.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, kedua-sua suspek yang berumur 15 tahun dan masih bersekolah ditahan di sebuah rumah di Batu Caves, susulan laporan dibuat mangsa.

Menurutnya, ketika tangkapan, polis turut merampas dua pasang pakaian dan lambang hakim milik kenderaan itu.

“Hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek bertindak menconteng permukaan kereta tersebut menggunakan sebiji batu.

“Mereka mengaku dengan sengaja mematahkan lambang hakim di kereta tersebut ketika dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai bermain bola di padang berdekatan,” katanya menerusi kenyataan dengan memaklumkan kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah.

Malah, Ahmad Sukarno dilaporkan berkata, siasatan mendapati remaja itu mencuri lambang berkenaan kerana menyerupai nama abangnya dan dihadiahkan sempena hari lahir.

“Siasatan mendapati adiknya ingin memberi hadiah hari lahir abangnya pada Mac ini kerana lambang berkenaan menyerupai nama abangnya,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan dengan kesalahan, mereka boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali

“Polis menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan bersama-sama menjaga kesejahteraan serta keharmonian. Tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang melanggar undang-undang.

“Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan salah laku jenayah diminta untuk menyalurkannya dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482222,” katanya.

Pada Isnin lalu, polis menerima aduan daripada seorang lelaki warga tempatan berkenaan kereta rasmi milik Hakim Mahkamah Persekutuan digores dengan benda tajam dalam kejadian di parkir tepi jalan di Taman Koperasi Polis Fasa Dua.

Malah, nombor pendaftaran serta lambang hakim di kenderaan itu dicabut.

Pengadu menyedari kejadian terbabit pada kira-kira jam 8.50 malam, selepas selesai menunaikan solat fardhu isyak di masiid.

Susulan laporan itu, sepasukan polis daripada Cawangan D7 Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul membuat serbuan berdasarkan hasil risikan dijalankan, seterusnya menahan dua remaja berkenaan. – 12 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

MCMC recorded nearly 9,500 reports on cyberbullying in the last three years

Online scams are just behind with 9,321 complaints; 143 reports on child sexual content

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

EPF 2024 dividend rate in 6%-6.2% range expected: analyst

Fund had diversified investments amidst a resilient global economy and other favourable conditions last year, may face a challenging 2025 due to global political and economic uncertainties

Related