Gaza: Kerajaan wajar pertimbang campur tangan dalam kes ICJ, kata Centhra

Centhra berkata kerajaan harus mengiktiraf tanggungjawab dan peluang untuk menyumbang ke arah mencari jalan penyelesaian dan keadilan

9:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia harus melangkah lebih jauh dari hanya sekadar menjadi pemerhati pasif dan perlu mempertimbangkan kemungkinan campur tangan dalam kes genosid yang difailkan Afrika Selatan terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), kata Pusat Penyelidikan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra). 

Dalam satu kenyataan, Pengasas dan Pengerusi Centhra Azril Mohd Amin berkata kerajaan harus mengiktiraf tanggungjawab dan peluang untuk menyumbang ke arah mencari jalan penyelesaian dan keadilan.

Beliau berkata ICJ menyediakan dua laluan bagi sesebuah negara untuk campur tangan, iaitu di bawah Artikel 62, campur tangan di mana sesebuah negara boleh mengemukakan permintaan di bawah Artikel 62 jika ia percaya kepentingan undang-undang negara boleh terjejas disebabkan kes itu dan di bawah Artikel 63, campur tangan menyediakan laluan yang membolehkan sebuah negara anggota konvensyen campur tangan apabila kandungan konvensyen itu dipertikaikan.

“Dalam sejarah ICJ, percubaan campur tangan di bawah kedua-dua artikel ini adalah jarang berlaku, sekali gus menunjukkan kepentingan dan penglibatan aktif oleh sebuah negara yang berkepentingan untuk mempengaruhi dan membentuk keputusan mahkamah,” katanya. 

Tambahan pula, Azril berkata Malaysia boleh mengambil langkah awal dengan meminta salinan pembelaan dan dokumen kes di bawah Artikel 53(1) untuk memberikan peluang sebagai pemerhati aktif dan terlibat dalam prosiding yang dijalankan.

ICJ di The Hague pada Khamis memulakan prosiding lisan dalam kes yang difailkan oleh Afrika Selatan sebagai respons terhadap serangan tentera Israel yang berterusan di Gaza.

Prosiding ICJ itu disiarkan secara langsung di laman sesawang mahkamah dan TV Web Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Centhra menyeru rakyat Malaysia untuk mengikuti prosiding itu serta menggunakan suara bagi memperjuangkan keadilan sekali gus menghantar mesej jelas kepada pemimpin kerajaan di seluruh dunia bahawa mereka juga mungkin dianggap bertanggungjawab atas pelanggaran Konvensyen Genosid ini.

Sekurang-kurangnya 23,357 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakan wanita dan kanak-kanak manakala 59,410 yang lain cedera dalam pengeboman Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin.

Serangan berterusan itu telah menyebabkan Gaza musnah dan hampir dua juta penduduk hilang tempat tinggal selain diancam kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan. – 11 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related