Dua anggota polis ditahan samun, rogol penuntut kolej swasta: Polis

Dua kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan

7:59 PM MYT

Ā 

KUALA LUMPUR – Dua anggota polis peronda di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah di Selangor ditahan semalam kerana disyaki terlibat dalam kes samun danĀ merogol seorang penuntut sebuah kolej swasta di Bukit Ampang View, di sini, SelasaĀ lepas.

Difahamkan anggota yang ditahan itu masing-masing merupakan seorang Konstabel dan Lans Koperal berumur antara 20-an hingga 30-an.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata dalam kejadian pada 10.09 malam itu, penuntut itu bersama rakan lelakinya telah ditahan dua anggota lengkap beruniform.

Beliau berkata kedua-dua suspek telah membawa mangsa dan rakannya ke tempat yang berasingan.

ā€œRakan lelaki mangsa dibawa ke bank sementaraĀ salah seorang suspek bertindak merogol mangsa,ā€ katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussein berkata semalam sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya telah menahan kedua-dua suspek dan mereka direman selama tujuh hari.

Menurutnya, dua kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

ā€œSiasatan masih dijalankan dan polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung dengan kejadian ini diminta hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Ampang Jaya di talian 03-42897222 bagi membantu siasatan.

Polis juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat dalam mana-mana kes jenayah atauĀ salah laku dan siasatan kes ini akan dijalankan secara telus,ā€ katanya. – 11 Januari, 2024

Topics

Ā 

ā—‰ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

ā€˜Very hurtfulā€™: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

The ā€˜powerfulā€™ fallacy of MCMC ā€“ Wong Chun Wai

New regulations are needed to police rampant crimes committed on social media platforms used by millions of Malaysians

ā—‰ Related