Tuduhan PN rasuah Agong RM1 bilion fitnah jahat, tak masuk akal: Muhyiddin

Kata Tan Sri Muhyiddin Yassin, pihak berkaitan diminta tidak memfitnah orang lain, semata-mata untuk menutup pekung kelemahan dan kegagalan diri sendiri

2:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan tuduhan bahawa Perikatan Nasional (PN) merasuah Yang di-Pertuan Agong sebanyak RM1 bilion untuk menjatuhkan kerajaan, dengan menyifatkan ia sebagai fitnah melulu yang jelik, keterlaluan dan tidak masuk akal.

Pengerusi PN itu berkata, tuduhan jahat itu kemudian disambut beberapa tokoh Pakatan Harapan (PH), termasuk yang memiliki jawatan dalam kerajaan.

Malah, Muhyiddin menegaskan beliau percaya mereka yang membuat dan menyebar fitnah itu, melakukan kesalahan berat di bawah Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan.

“Laporan polis sudah dibuat Datuk Seri Hamzah Zainuddin selaku Ketua Pembangkang dan Setiausaha Agung Perikatan Nasional supaya mereka yang berkenaan disiasat dan diambil tindakan tegas.

“Saya mengingatkan pemimpin PH dan konco-konconya supaya tidak mengheret institusi Raja Berperlembagaan dalam taktik fitnah politik yang amat jahat dan kotor ini,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Beliau berkata, pihak berkaitan diminta tidak memfitnah orang lain, semata-mata untuk menutup pekung kelemahan dan kegagalan diri sendiri.

Katanya, Malaysia mempunyai peruntukan tertentu di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan cara serta kaedah yang sah dalam pelantikan Perdana Menteri dan pembentukan kerajaan.

Perlembagaan Persekutuan, ujarnya, membenarkan sebuah kerajaan dibentuk sama ada melalui pilihan raya atau di luar pilihan raya, iaitu apabila atas apa jua sebab Perdana Menteri meletakan jawatan.

“Peruntukan Perlembagaan ini mestilah dipatuhi dalam menentukan sebarang pembentukan atau pertukaran kerajaan,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaan seorang pemimpin PN terbabit dalam cubaan merasuah individu berpengaruh dan Ahli Parlimen menerusi dana RM1 bilion untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Azman berkata, pihaknya berharap polis menjalankan siasatan terhadap dakwaan itu jika ia dikatakan benar.

Bagaimanapun, dalam kenyataannya kepada media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Setiausaha Sulit Hamzah menafikan dakwaan mengatakan pemimpin itu menawarkan RM1 bilion kepada Istana Negara untuk membantu menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Ikhwan Fadhli menegaskan, dakwaan itu adalah fitnah dan bertujuan mencemarkan nama pemimpin terbabit. – 11 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related