Koo Ham dinasihat tutup mulut, biar polis jalan siasatan

PN buat laporan polis bagi mengekang sebarang kenyataan dibuat pemimpin DAP itu.

12:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham dinasihatkan supaya menutup mulut dan menyerahkan siasatan berhubung kejadian kebakaran di rumahnya di Ayer Tawar, Perak kepada pihak polis sepenuhnya.

Perkara itu ditegaskan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari dalam sidang media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kajang, Selangor hari ini terhadap kenyataan Koo Ham yang dilihat telah mendahului siasatan polis.

Ini susulan Koo Ham yang juga Penasihat DAP Perak mengesyaki kejadian itu disebabkan kenyataannya mengenai cadangan yang menyentuh hal ehwal Islam yang dibuat sebelum ini selain mendakwa terdapat pemimpin PN yang memutar belit kenyataan media itu sehingga mendatangkan kebencian melampau terhadapnya.

Ahmad Fadhli yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat berkata, untuk itu laporan polis tersebut dibuat bagi mengekang sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pemimpin DAP tersebut.

Beliau turut mengingatkan Koo Ham supaya membiarkan siasatan dijalankan polis dan tidak perlu pemimpin DAP itu hendak jadi ‘lebih cerdik’ daripada polis untuk membuat siasatan.

“Kalau nak ikutkan logik, tak perlu sampai ke peringkat nak bakar dan beliau kata kononnya nak bunuh beliau, ini bukan pendekatan politik PN. Dan, kalau nak ikutkan logik politik, orang seperti beliau (Koo Ham) inilah yang sangat kita harapkan supaya berada dalam DAP sebab orang seperti beliau ini bercakap mendahulukan mulut daripada otaknya.

“Orang inilah yang kita harapkan supaya berada terus dalam DAP sebab kenyataan-kenyataannya itu sangat mencerminkan sikap serta perjuangan DAP. Ini menyebabkan rakyat lebih mudah untuk kenal siapa DAP. Sebab itu saya sentiasa sebut beliau ini perlu sentiasa berada di dalam kepimpinan DAP, diberikan kesihatan berpanjangan supaya dapat terus mencerminkan perjuangan dan memudahkan rakyat menolak perjuangan DAP.

“Tidak ada sebab untuk kami buat khianat kepada beliau seperti ini,” katanya yang turut ditemani Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Fayhsal Wan Kamal.

Ahmad Fadhli berkata, pihaknya mengharapkan polis dapat menyegerakan siasatan tanpa mengambil kira sama ada Koo Ham memaafkan pelaku atau suspek atau sebaliknya.

“Maaf tak maaf itu nombor dua. Kita minta polis siasat, heret pelaku ini ke muka pengadilan dan saya yakin ia tiada kaitan dengan PN mahupun pembangkang,” katanya.

Semalam polis memberitahu sedang mengesan individu yang terlibat dalam kes kebakaran di rumah Koo Kam di Ayer Tawar.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan (khianat dengan api) dan siasatan akan dijalankan dari pelbagai sudut.

Beliau berkata, pihaknya turut menemui satu botol yang disyaki molotov cocktail di lokasi kebakaran. – 11 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related