SPRM sahkan ambil keterangan Ismail Sabri isu dana RM700 juta

Bagaimanapun lokasi rakaman keterangan diambil tidak diperincikan lebih lanjut

9:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sudah merakam keterangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membantu siasatan penggunaan dana RM700 juta untuk tujuan publisiti dan promosi semasa pentadbirannya.

SPRM menerusi satu kenyataan berkata, badan pencegah rasuah itu memanggil Ismail untuk diambil keterangan hari ini.

Bagaimanapun, mereka tidak menjelaskan secara terperinci lokasi keterangan itu diambil yang kebetulan dilakukan pada hari sama isteri dan dua anak Tun Daim Zainuddin dirakam keterangan di ibu pejabat, SPRM di Putrajaya, hari ini.

Sementara itu, dalam kenyataan sama, SPRM mengesahkan isteri Daim, Toh Puan Naimah Khalid dan dua anaknya Muhammed Amin dan Muhammed Amir sudah dirakam keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, hari ini.

Menurutnya, tiga beranak itu dipanggil memberi keterangan bagi memastikan beberapa perkara berhubung aset bernilai tinggi di dalam dan luar negara di bawah syarikat kepunyaan mereka serta terkait dengan siasatan terhadap Daim.

Malah, SPRM menjelaskan satu notis sudah diserahkan kepada Daim di bawah Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009 pada 7 Jun 2023 manakala notis di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009 juga diserahkan kepada ahli keluarga beliau.

“Sebagaimana yang dinyatakan dalam kenyataan media SPRM bertarikh 30 Disember 2023, siasatan terhadap Daim bermula pada Februari 2023 berdasarkan pendedahan serta maklumat daripada Kertas Pandora.

“Siasatan terhadap aset milik Daim juga masih terus berjalan,” katanya.

Selain Toh Puan Naimah Abdul Khalid, SPRM turut mengambil keterangan dua anaknya, Muhammed Amin dan Muhammed Amir. – Azim Rahman/Scoop, 10 Januari, 2024


Sementara itu, Scoop melaporkan isteri Daim selesai memberi keterangan kepada SPRM selepas hampir sembilan jam.

Kenderaan jenis Estima dinaiki tiga beranak itu dilihat keluar dari ibu pejabat SPRM pada jam 7.40 malam.

Dalam pada itu, peguam mereka, Rajesh Nagarajan bagaimanapun kesal dengan tindakan SPRM kerana masih gagal menjelaskan kesalahan dilakukan anak guamnya dan dilihat seperti hanya mahu ‘memancing’ maklumat.

“Terdapat lebih kurang 50 soalan diajukan kepada anak guam saya dan semua soalan telah dijawab.

“Itu adalah masalah besar kerana kita tidak tahu apa kesalahan yang dibuat jadi apabila soalan ditujukan, anak guam saya tidak tahu adakah soalan ini relevan atau tidak.

“Ini jelas menunjukan satu fishing expedition (memancing maklumat) di mana mereka sebenarnya membuat siasatan untuk mencari apakah kesalahan yang dibuat, langsung tidak masuk akal.

“Apabila ditanya kepada pegawai SPRM, mereka hanya maklum kami sedang menyiasat untuk memastikan apa kesalahan yang dibuat,” katanya. – 10 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related