SPRM masih rakam keterangan isteri Daim: Peguam

Sementara itu, dua anaknya sudah selesai memberikan keterangan mereka

5:36 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Selepas lebih enam jam, sesi merakam keterangan isteri Tun Daim Zainuddin masih berjalan manakala dua anaknya sudah selesai.

Perkara itu dimaklumkan peguam mereka, Rajesh Nagarajan menerusi WhatsApp kepada media hari ini.

“Sesi merakam keterangan di pihak Toh Puan Naimah Abdul Khalid masih berjalan sementara anak-anak Tun Daim sudah habis memberikan keterangan,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Rajesh berkata, tiada apa-apa kenyataan akan dibuat oleh ketiga-tiga mereka kepada media selepas selesai sesi tersebut.

Naimah serta dua anak lelakinya, Muhammed Amin dan Muhammed Amir tiba pada jam 10.10 pagi tadi, dengan diiringi dua peguam.

Ketika bercakap kepada media, Naimah mendakwa suaminya dianiaya disebabkan kejayaan sebagai ahli perniagaan sehingga digelar hartawan dan jutawan biarpun sebelum menyertai kerajaan.

Tambah Naimah, kejayaan ini dijadikan alasan untuk memfitnah nama baik suaminya dan menggambarkan bahawa beliau seorang perasuah.

“Umum mengetahui Daim merupakan ahli perniagaan yang sangat berjaya sebelum menyertai kerajaan pada 1984. Malah, media secara meluas merujuk beliau hartawan dan jutawan sebelum memegang jawatan awam 40 tahun lalu.

“Kini, sebuah kempen memutarbelit maklumat dan persepsi dijalankan bagi memberi gambaran bahawa beliau seorang yang korup semata-mata kerana sangat kaya.

“Ia sesuatu yang tidak munasabah dan tidak masuk akal, malah tiada ahli perniagaan yang berjaya di negara ini akan terlepas daripada tuduhan sedemikian. Di lapangan awam, dakwaan seperti ini tidak mudah hilang begitu sahaja,” katanya di pekarangan ibu pejabat SPRM hari ini. – 10 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related