Kes kebakaran di rumah Ngeh Koo Ham: Polis buru suspek

Kes berkenaan disiasat di bawah seksyen 435 Kanun Keseksaan (khianat dengan api) dan siasatan akan dijalankan dari pelbagai sudut

11:21 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan individu yang terlibat dalam kes kebakaran di rumah Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Kam di Ayer Tawar, awal pagi tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan (khianat dengan api) dan siasatan akan dijalankan dari pelbagai sudut.

Beliau berkata, pihaknya turut menemui satu botol yang disyaki molokov cocktail di lokasi kebakaran.

“IPD Manjung menerima panggilan daripada seorang lelaki, yang merupakan Ahli Parlimen Beruas pada jam kira-kira 2.55 pagi tadi dan memaklumkan mengenai kejadian kebakaran.

“Ia melibatkan kebakaran sebuah kenderaan jenis Mercedes Benz manakala dua lagi kenderaan iaitu bahagian bumper Honda CRV dan bahagian sebelah kananToyota Hilux turut terjejas akibat kesan panas api,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menyalurkan kepada pegawai penyiasat ASP Mohd Azalan Ab Karim di talian 019-3927837 bagi membantu siasatan.

Awal pagi tadi, rumah Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di Ayer Tawar, Perak, telah terbakar, namun tiada mangsa dilaporkan cedera.

Kejadian itu telah dimuatnaik di dalam Facebook Koo Ham yang memaklumkan kebakaran berkenaan berjaya dikawal.

“Kejadian kebakaran berlaku di rumah Ahli Parlimen Beruas pada tengah malam tadi. Kebakaran dapat dibendung dan tiada mangsa dilaporkan cedera,’’ kata kenyataan di Facebook beliau yang ditulis oleh Admin, pagi ini.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang mewakili seluruh pimpinan DAP berasa simpati dan bersolidariti dengan keluarga Ahli Parlimen Beruas itu dalam kejadian keganasan tersebut.

DAP, katanya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan serangan ganas tersebut yang telah mengancam nyawa Koo Ham dan keluarga beliau.

“DAP juga menyeru pihak Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya mengambil perhatian serius dalam kejadian ini dan memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terjaga,’’ katanya. – 10 Januari, 2024

Topics

Hangat

Punk venue Rumah Api faces relocation amid financial struggles, festival fallout

After eight years of operating on the top floor of Menara MPAJ in Ampang Jaya, local punk music venue Rumah Api will be relocating later this year due to increased rental and related arrears that accumulated during the Covid-19 pandemic.

China’s rising 17-year-old badminton star, Zhang Zhijie, dead after collapsing on court

He was participating in the ongoing Asian Junior Badminton Championships in Indonesia

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Related