Gangguan bekalan air di Pulau Pinang bermula, PBAPP mulakan kerja pembaikan

Menurut PBAPP, kerja-kerja pembaikan itu adalah untuk menggantikan dua injab kawasalan (diameter 1.2 meter) di LRS Sungai dua dan projek kerja air dan pengelenggaraan pencegahan di 22 lokasi lain

8:48 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kerja-kerja pembaikan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua dan 22 lokasi lain di Pulau Pinang telah dimulakan sejak jam enam pagi, ketika 590,000 penduduk di negeri tersebut mengalami gangguan air berjadual selama empat hari, bermula hari ini.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan kerja-kerja pembaikan itu adalah menggantikan dua injab kawasalan (diameter 1.2 meter) di LRS Sungai dua dan projek kerja air dan pengelenggaraan pencegahan di 22 lokasi lain.

“LRA Sungai Dua telah dihenti tugas mengikut jadual dan kerja-kerja berkaitan di lokasi-lokasi lain dimulakan. PBAPP akan mengemaskini status kemajuan kerja-kerja air di LRA Sungai Dua untuk informasi tepat dan sahih.

“Semua pengguna yang terjejas dengan gangguan bekalan air diminta terus mengikuti kemaskini menerusi saluran media sosial rasmi PBAPP,’’ katanya dalam kenyataan pagi ini.

Lebih 80% penduduk di Pulau Pinang terlibat dengan gangguan air tersebut dan bagi memudahkan penduduk, PBAPP akan menyediakn 9 lori tangki air termasuk 27 lori tangki jumbo berkapasiti 40,000 liter untuk menghantar bekalan kepada pengguna yang terjejas dengan gangguan bekalan air yang dijangka sehingga 6 pagi, 14 Januari ini.

Sementara itu, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow ketika melawat LRA Sungai Dua semalam berkata, kerja-kerja pembaikan itu perlu disiapkan dalam masa yang ditetapkan dan berdasarkan perancangan.

Jelasnya, PBAPP mesti menyiapkan penggantian dua injap kawalan 1,200 milimeter di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, serta 22 projek penyelenggaraan pencegahan lain dalam tempoh 24 jam.

Menurutnya, ini bermakna menjelang 6 pagi pada Khamis, semua gangguan pulih seperti biasa.
“Melainkan jika berlaku kemalangan besar, kita mahu PBAPP berpegang kepada sasaran bekalan air empat peringkatnya sendiri seperti yang dihebahkan sebelum ini,’’ katanya.

Beliau memaklumkan, bagi memastikan pengguna mengetahui mengenai proses pembaikan ini, pihak berkuasa akan mengemas kini kerja-kerja tersebut sekurang-kurangnya tiga kali sehari.
“Jika ada masalah berlaku, mereka akan melaporkannya dengan telus, tanpa rasa bimbang,’’ katanya. – 10 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related