Rosyam Nor mohon maaf isu pelacuran, ia bukan kenyataannya sebaliknya promo podcast

Ia bukan satu kenyataan yang dikeluarkan, sebaliknya perbincangan untuk program Podcast Hitam Putih yang bertajuk ‘Otak Porno’

3:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pelakon dan usahawan, Datuk Rosyam Nor memohon maaf atas kecelaruan yang berlaku melibatkan pusat pelacuran untuk warga asing.

Menurutnya, ia bukan satu kenyataan yang dikeluarkannya sebaliknya ia adalah perbincangan untuk program Podcast Hitam Putih yang bertajuk ‘Otak Porno’.

“Alamak kecoh betul satu dua hari ini pasal isu rumah pelacuran yang kononnya aku buat statement (kenyataan).

“Apa apa hal pun aku minta maaf dulu sebab aku tak sangka benda ini jadi benda viral yang besar,’’ katanya menerusi klip video pendek di dalam Instagramnya ‘IamRosyam’ hari ini.

Justeru, beliau turut meminta orang ramai supaya menonton video penuh mengenai program tersebut.

Program tersebut membincangkan mengenai ketagihan Porno di Malaysia dengan tetamu jemputan adalah pakar psikologi, Aiman Amri. Ia turut dihoskan oleh Datin Seri Adzliana Hasan.

Rosyam sebelum ini mencetuskan kemarahan ramai apabila pandangan peribadinya mengenai mewujudkan rumah pelacuran di negara ini dikecam ramai.

Pada padangan Rosyam, perkhidmatan itu dapat membantu mengurangkan kes rogol melibatkan warga asing yang semakin meningkat.

Antara yang mengkritik pandangan Rosyam ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor dan orang ramai. – 9 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Related