Polis siasat kes ‘mangsa’ disamun dua lelaki bersenjatakan parang, rupa-rupanya laporan palsu

Suspek buat laporan polis palsu kerana telah gunakan wang syarikat untuk bayar hutang rumah, kereta tertunggak tiga bulan

10:39 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mengadu disamun dua lelaki bersenjatakan parang, beg sandang berisi wang tunai berjumlah RM3,500, telefon bimbit dan dokumen penting dilarikan.

‘Mangsa’ iaitu seorang lelaki berusia 34 tahun dari Taman Areca, Bandar IOI, Bahau, Negeri Sembilan kemudiannya membuat laporan polis susulan kejadian dia ‘disamun’ di Kilang Combo Mix, Kampung Jawa, Serting Tengah, pada jam 8.45 malam semalam.

Susulan itu, polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol membuat hebahan mengenai kejadian samun dalam Daerah Jempol selain melaksanakan Op Tutup melibatkan tujuh balai polis iaitu Balai Polis Rompin, Bahau, Sungai Lui, Ladang Geddes, Air Hitam, Batu Kikir dan Bandar Seri Jempol dengan kekuatan 29 anggota polis.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, pada jam 11 malam tadi, semasa berada di Balai Polis Batu Kikir, seorang pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jempol berpangkat Inspektor bersama anggota detektif telah menjalankan siasatan awal bersangkut laporan polis oleh ‘mangsa’ samun itu.

Walau bagaimanapun katanya, semasa siasatan dijalankan, suspek iaitu ‘mangsa’ samun berkenaan mengaku kejadian seperti dalam laporan polis yang dibuatnya adalah palsu dan tidak berlaku.

“Suspek telah menulis sendiri pengakuan tersebut di atas sekeping kertas A4 putih. Laporan palsu dibuat di Balai Batu Kikir pada jam 9.07 malam tadi.

“Hasil siasatan lanjut mendapati, suspek membuat laporan palsu kerana telah menggunakan wang milik syarikat berjumlah RM2,160 untuk membayar hutang rumah dan kereta yang telah tertunggak selama tiga bulan.

“Perintah untuk menyiasat (OTI) akan dipohon bagi meneruskan siasatan,” katanya ketika memberitahu mengenai kes berkenaan kepada Scoop hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.

Beliau berkata, pihaknya menasihati orang awam supaya jangan cuba membuat laporan polis palsu untuk kepentingan diri sendiri sehingga membazir tenaga dan masa anggota polis menyiasat kejadian jenayah yang tidak berlaku.

“Pihak IPD akan melengkapkan siasatan setelah OTI diperoleh daripada Pejabat Peguam Negara (DPP) dan kertas siasatan akan dirujuk untuk cadangan pertuduhan,” katanya. – 9 Januari, 2024

Topics

Hangat

Punk venue Rumah Api faces relocation amid financial struggles, festival fallout

After eight years of operating on the top floor of Menara MPAJ in Ampang Jaya, local punk music venue Rumah Api will be relocating later this year due to increased rental and related arrears that accumulated during the Covid-19 pandemic.

China’s rising 17-year-old badminton star, Zhang Zhijie, dead after collapsing on court

He was participating in the ongoing Asian Junior Badminton Championships in Indonesia

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Related