Jangan jadikan rakyat mangsa kepentingan politik: Ahmad Zahid

Perbezaan pendapat atau pegangan dalam politik tidak menjadi masalah di negara ini namun keutamaan perlu diberikan kepada kepentingan rakyat terlebih dahulu

3:56 PM MYT

 

KOTA BELUD – Pemimpin-pemimpin di negara ini diingatkan supaya tidak menjadikan rakyat sebagai mangsa, atau mempertaruhkan ‘harga mahal’ bagi mencapai kepentingan politik kelompok tertentu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata perbezaan pendapat atau pegangan dalam politik tidak menjadi masalah di negara ini yang mengamalkan sikap terbuka, namun keutamaan perlu diberikan kepada kepentingan rakyat terlebih dahulu.

Justeru, katanya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berusaha keras dalam memastikan politik negara dipertahankan dan kekal stabil yang mampu membawa pembangunan, pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan seterusnya kesejahteraan kepada rakyat.

“Alangkah baiknya politik negara sentiasa dalam keadaan damai. Pemimpin politik harus pegang janji setelah sesuatu perkara dipersetujui, harus ada kesepakatan, pegang janji dan persetujuan diperoleh jangan jadikan untuk kepentingan kelompoknya, yang seterusnya rakyat pula menjadi mangsa dalam politik.

“Jadikan Sabah ini sebagai contoh untuk kita menyantuni perbezaan dalam kepelbagaian. Kerjasama seperti di Sabah harus dijalankan (jadikan contoh) dan diperkukuhkan demi membawa kesejahteraan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pembangunan Kadamaian sempena Rumah Terbuka Sambutan Krismas Kadamaian yang turut dihadiri Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kadamaian di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata projek tambah baik infrastruktur jalan raya di Kadamaian yang dilancarkan melibatkan peruntukan RM244 juta dilihat mampu menjadi ‘game changer’ dalam meningkatkan dan menambah baik tahap kehidupan rakyat di kawasan tersebut.

Beliau turut mengumumkan pembinaan 40 unit rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin untuk DUN Kadamaian.

“Saya juga maklum dengan permohonan tambahan Datuk Ewon Benedick yang lain untuk rakyat Kadamaian. Sepertimana komitmen saya hadir hari ini, saya akan pastikan peruntukan diperlukan dapat disediakan mengikut proses yang ditetapkan,” katanya. – 8 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related