Polis hampir lengkapkan siasatan kes pelajar sekolah berasrama penuh dibuli: Allaudeen

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 selepas ibu kepada pelajar lelaki berusia 14 itu membuat laporan polis

8:50 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis hampir melengkapkan siasatan berhubung kes buli di sebuah sekolah berasrama penuh di sini yang menyebabkan seorang pelajar melarikan diri dari asrama sekolah berkenaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata setakat ini pihaknya telah merakam percakapan seramai 35 individu termasuk pelajar yang didakwa menjadi mangsa buli di sekolah itu.

Alaudeen berkata setakat ini siasatan polis juga tidak menemukan sebarang pengabaian daripada pihak ibu bapa pelajar berkenaan.

“Ada beberapa individu lagi yang akan dirakam percakapan mereka sebelum pihak polis menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada minggu ini,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Pada 20 Disember lepas Allaudeen mengesahkan pihaknya telah membuka satu kertas siasatan berhubung kes seorang pelajar lelaki yang melarikan diri dari asrama didakwa akibat dibuli pelajar lain pada 8 Disember lepas.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 selepas ibu kepada pelajar lelaki berusia 14 itu membuat laporan polis.

Sementara itu, ibu kepada pelajar berkenaan mengesahkan anak beliau telah dirakam percakapan oleh pihak polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 21 Disember lepas. – 8 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related